Penyeludup lari tinggalkan baju, selimut bundle bernilai lebih RM50,000

Penyeludup lari tinggalkan baju, selimut bundle bernilai lebih RM50,000

Seorang lelaki yang disyaki penyeludup meninggalkan baju dan selimut ‘bundle’ bernilai lebih RM50,000, selepas kegiatannya dikesan di Pangkalan Haram Kebun, Pengkalan Kubor, Kelantan pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi berkata anggota ‘Strike Force’ Kompeni ‘C’ Batalion 9 PGA, telah membuat intipan di lokasi itu pada jam 9 pagi dan mendapati seorang lelaki sedang memunggah kotak-kotak ke dalam sebuah kereta Proton Wira.

Bagaimanapun, kehadiran anggota operasi disedari lelaki itu, menyebabkannya terus memecut kenderaan itu dengan laju.

“Anggota operasi berjaya menahan kenderaan di hadapan pagar pangkalan haram tersebut, namun lelaki tersebut itu berjaya meloloskan diri di kawasan semak berdekatan, dan gagal dikesan.

“Pemeriksaan di dalam kereta menemui 697 helai baju dan dua helai selimut ‘bundle’ dianggarkan bernilai RM52,375,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata berkata keseluruhan nilai rampasan baju dan selimut itu serta sebuah kereta itu dianggarkan bernilai RM60,375.

“Kesemua barangan telah dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Kuala Jambu untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Sementara itu, Azhari berkata dalam satu operasi berasingan anggota PGA7 menahan dua lelaki bersama enam kambing yang dibawa ke utara tanah air tanpa dokumen perjalanan, menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) di sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah, Pasir Mas, semalam.

“Kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 23 tahun itu sepasukan anggotanya ketika memandu 4WD Mitsubishi Triton dalam keadaan mencurigakan pada jam 8 malam.

“Selepas memperkenalkan diri, anggota pasukan membuat pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan itu dan menemui enam ekor kambing. Kedua-dua lelaki itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah bagi membantu siasatan,” katanya.

Azhari berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu ingin membawa kambing yang diperolehi dari Wakaf Bharu, Tumpat ke Alor Setar, Kedah.

“Daging kambing itu boleh dijual pada harga RM25 sekilogram. Kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Binatang 1953,” katanya. FMT

Penyeludup lari tinggalkan baju, selimut bundle bernilai lebih RM50,000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker