ADUN Sindumin keluar Warisan, sokong kerajaan

ADUN Sindumin keluar Warisan, sokong kerajaan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob difahamkan keluar meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Menurut pegawai media, Mazlan Sanoh, Yusof yang juga Ketua Penerangan Warisan mengambil keputusan itu dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan.

Mazlan berkata, beliau dijangka akan mengumumkan secara rasmi pada minggu hadapan mengenai perkara itu.

“Ya, tadi (keluar parti). Minggu hadapan beliau akan umum,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Harian, pada malam Sabtu.

Menurut Mazlan lagi, Yusof mengambil keputusan itu demi rakyat dan mahu membantu rakyat di kawasannya.

“Datuk mahu bantu orang di kawasannya saja. Jadi, baik beliau jadi bebas dan sokong kerajaan yang ada.

“Sekurang-kurangnya beliau boleh bersuara,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Yusof mewakili Warisan berjaya menewaskan lima calon lain dengan jumlah undi sebanyak 5,415. Sinar

ADUN Sindumin keluar Warisan, sokong kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker