Bangkai buaya tua seberat 600kg ditemui di Sungai Trong

Bangkai buaya tua seberat 600kg ditemui di Sungai Trong

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perak (PERHILITAN) mengesahkan penemuan bangkai buaya jantan tua seberat 600kg dan sepanjang kira-kira lima meter di Sungai Trong, Kampung Kuala Trong dekat Taiping semalam.

Pengarahnya Yusoff Shariff berkata, haiwan yang ditemui dua individu dipercayai telah mati kira-kira dua atau tiga hari lalu.

“Haiwan itu mati dipercayai disebabkan faktor umur kerana semua giginya telah luruh.

“Pihak Jabatan Veterinar sedang membuat post mortem untuk memastikan punca kematian,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Yusoff turut memaklumkan, pihak sebelum ini tidak menerima laporan mengenai kehadiran haiwan itu di kawasan berkenaan.

Terdahulu, tular video berdurasi kira-kira dua minit menunjukkan tindakan dua lelaki yang menarik bangkai buaya itu menggunakan tali diikat pada sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Mengulas lanjut Yusoff berkata,dua lelaki berkenaan sepatutnya melaporkan penemuan haiwan itu kepada PERHILITAN. FMT

Bangkai buaya tua seberat 600kg ditemui di Sungai Trong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker