Pemandu lori rentung pesan jangan ratapi pemergian

Pemandu lori rentung pesan jangan ratapi pemergian

Perubahan ketara Muhammad Mustaqim Ismadi ke arah yang lebih baik disedari ahli keluarganya sejak akhir-akhir ini sebelum pemandu lori syarikat logistik dan penghantaran bungkusan itu maut dalam kemalangan di Jalan Tasik Utara-Larkin, kelmarin.

Ibunya, Maglita Varshay Ibrahim, 49, berkata, perubahan anak sulungnya itu bukan hanya disedari ahli keluarga, malah penduduk setempat dan rakan-rakan di tempat kerjanya.

Malah, arwah juga pernah berpesan kepadanya supaya jangan menangisi pemergian orang, tetapi sebaliknya mendoakan mereka setelah kehilangan ibu saudaranya akibat COVID-19 empat bulan lalu.

“Kakak saya meninggal dunia akibat COVID-19 sebelum ini. Ketika saya sedang bersedih, Mustaqim nasihatkan agar jangan menangis, sebaliknya sedekah doa.

“Kerana katanya itu adalah perkara yang lebih baik untuk dilakukan berbanding hanya meratapi pemergian orang tersayang,” katanya di sini hari ini.

Selasa lalu, lori dipandu Muhammad Mustaqim terbabas melanggar pokok sebelum terbakar kerana dipercayai mengelak kon yang diletak di atas jalan.

Akibat kemalangan itu, mangsa yang mula berkhidmat dengan syarikat tersebut pada April lalu tersepit dan disahkan rentung setelah kenderaan itu terbakar.

Terdahulu, keluarga mangsa menerima skim Faedah Orang Tanggungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membabitkan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 dan pencen bulanan RM1,333.50.

Faedah disampaikan Pengarah PERKESO Johor, Tong Sing Chuang dan turut dihadiri Ahli Majlis Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar.

Dalam pada itu, Maglita mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba yang bertindak pantas mengeluarkan anaknya daripada kebakaran tersebut.

“Terima kasih kepada anggota bomba kerana tindakan pantas mereka memadamkan api, sekurang-kurangnya mayat tidak terlalu teruk terbakar,” katanya. Wc

Pemandu lori rentung pesan jangan ratapi pemergian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker