Bekal daging, Al-Quds Livestock tembusi Lotus’s Malaysia

Bekal daging, Al-Quds Livestock tembusi Lotus’s Malaysia

Syarikat tempatan Al-Quds Livestock ditawarkan peluang memasarkan 16 unit simpanan stok (SKU) produk daging tempatan di tujuh cawangan Lotus’s Malaysia bermula 30 Ogos lalu.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi kenyataan media memaklumkan, syarikat berkenaan turut diberikan peluang memasarkan produk SKU di lima stor sekitar Lembah Klang bermula 3 September lalu.



Menurut MAFI, pihaknya memainkan peranan proaktif dalam pemadanan perniagaan dengan membantu memperluas dan memperkasa pemasaran produk daging tempatan melalui usahasama strategik dengan syarikat pengeluar dan pasaraya besar.

Katanya, kerjasama ini dilaksanakan secara rintis dengan memadankan pengeluar dan pengusaha produk daging tempatan bimbingan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) iaitu syarikat Al-Quds Livestock dengan Lotuss Store (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) yang dahulunya dikenali sebagai Tesco Malaysia.

“Melalui kerjasama ini Al-Quds Livestock menjadi satu-satunya pengeluar dan pembekal daging tempatan di Lotus’s Malaysia”.



“Bagi memastikan usahawan tempatan seperti Al-Quds berjaya meningkatkan penjualan, Lotus’s Malaysia turut memberikan sokongan tambahan dari segi tunjuk ajar dalam pelaksanaan promosi dan penggunaan ramalan penjualan untuk merancang ketersediaan produk,” katanya.

Dalam pada itu MAFI berkata, pihaknya komited untuk memperkukuh pasaran produk daging tempatan melalui kemudahan dan bimbingan teknikal yang disediakan oleh jabatan dan agensi serta khidmat pemadanan pemasaran oleh kementerian.

Katanya, usahawan yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini dipelawa untuk menghubungi pejabat DVS negeri atau MAFI bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Syarikat Al-Quds adalah salah sebuah pemain industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan menjalankan operasi ini sejak 12 tahun lalu.



Pada tahun lalu syarikat ini memutuskan untuk menerokai bidang baharu iaitu penternakan lembu dan pemprosesan daging segar melalui pewujudan Al-Quds Livestock demi kelangsungan perniagaan.

Pada ketika ini Al Quds Livestock mempunyai ladang ternakan di Rantau Panjang, Kelantan dengan kapasiti maksima 2,000 ekor lembu.

Syarikat ini juga memilih dua outlet jualan iaitu di Kota Bharu, Kelantan dan di Bangi, Selangor untuk memasarkan 37 produk makanan sejuk beku terdiri daripada daging yang telah diproses dan 10 produk makanan sedia dimakan. HM



Bekal daging, Al-Quds Livestock tembusi Lotus’s Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker