Peragut tak sempat larikan diri

Peragut tak sempat larikan diri

Tindakan seorang lelaki meragut seorang wanita di hadapan Gerai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Jalan SG 3/11, Taman Sri Gombak hari ini gagal selepas motosikal dinaikinya melanggar sebuah kereta ketika ingin melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 pagi itu, suspek berusia 29 tahun itu berjaya ditahan orang awam.



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, ketika kejadian mangsa berusia 33 tahun ketika berada di hadapan gerai itu didatangi lelaki, 29, menunggang motosikal Yamaha LC ditunggang meragut beg wanita terbabit.

Semasa suspek cuba melarikan diri terlanggar sebuah kenderaan orang awam sebelum dia ditahan dan diserahkan kepada polis.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai 20 rekod jenayah pelbagai kesalahan dan tiga rekod berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zainal berkata, pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggang oleh suspek mendapati motosikal ia adalah motosikal curi yang dilaporkan hilang di daerah Kajang.



Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan rompak yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pukul 9.30 pagi esok untuk memohon reman.

“Polis Daerah Gombak mengucapkan ribuan terima kasih terhadap tindakan proaktif oleh orang awam sehingga tertangkapnya suspek,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Zainal, sebarang maklumat dari orang awam bolehlah berhubung dengan Pegawai Penyiasat dalam kes ini, Inspektor Atikah Adnan di talian nombor 03-61262222/018-3648044. Utusan



Peragut tak sempat larikan diri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker