‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang

‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang

ANAK pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi yang mengalami masalah buah pinggang menjalani pembedahan pada pagi Jumaat di Sunway Medical Centre, Petaling Jaya.

Isteri Shahrol, Nor Farhanah Syamimi berkata, Ismail yang berusia lapan bulan itu akan menjalani pembedahan dalam tempoh kira-kira empat jam.



“Alhamdulillah keadaan Ismail baik sahaja sebelum masuk bilik pembedahan kira-kira pukul 9.30 tadi. Cuma merengek sikit tadi mungkin lapar sebab kali terakhir beri dia susu pada pukul 5.30 pagi kerana dia perlu berpuasa

“Doktor maklumkan pembedahan akan berjalan selama empat jam dan selepas selesai pembedahan, Ismail akan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pantau keadaannya.

“InsyaAllah, kalau semuanya baik dia hanya sehari sahaja di ICU dan akan dipindahkan ke wad biasa,” katanya kepada mStar.



Pada Khamis, Shahrol menerusi Instagram memberitahu, Ismail akan menjalani pembedahan dan mengharapkan orang ramai mendoakan kesihatan anaknya.

“Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami menghadapi ujian ini. Sembuhkanlah anakanda kami Ismail Rifqi dan berilah kesihatan yang baik.

“Buat semua sahabat, tiada apa yang kami pohon selain doa-doa yang baik daripada kalian,” tulisnya pada kapsyen tersebut.



Pada masa sama, Nor Farhanah turut memohon, orang ramai untuk mendoakan urusan pembedahan anaknya berjalan lancar.

“Tiada apa yang saya dan suami minta selain doa daripada kalian,” katanya.

Pada 18 September lalu mStar melaporkan kenyataan Nor Farhannah yang memberitahu Ismail dilahirkan dengan satu buah pinggang.



Bagaimanapun buah pinggang kirinya itu mengalami masalah dan membengkak 80 peratus akibat saluran tersumbat.

Ismail perlu menjalani pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.

Shahrol dan Nor Farhannah berkahwin pada 8 Mac 2016.



Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.-mSTAR

‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Dan Isteri Mohon Doa Orang Ramai Untuk Kesihatan Anak Mereka Ditahap Membimbangkan

Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker