Tiada Varian MU Covid-19 Dikesan Setakat Ini – MOSTI

Tiada Varian MU Covid-19 Dikesan Setakat Ini – MOSTI

Tiada Varian Mu COVID-19 di kesan daripada kajian penjujukan genom yang dilaksanakan di Malaysia, setakat ini.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kajian itu dijalankan konsortium merangkumi tujuh makmal di bawahnya,Kementerian Kesihatan (KKM) dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi, di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).



Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, sehingga 30 September, sejumlah 1,312 sampel telah dianalisis oleh konsortium berkenaan dan ini telah meningkatkan jumlah genom yang telah dimuat naik ke GISAID kepada 3,009.

“Sebanyak 1,246 sampel atau 94.9 peratus dikenal pasti sebagai varian jenis Delta, 11 sampel adalah varian Beta dan 55 daripada varian yang lain.

“Sampel-sampel ini dipilih oleh pihak KKM dan diambil dari kesemua negeri termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, varian Delta ini diketahui lebih merbahaya dengan kadar infektiviti yang lebih tinggi dan boleh menyebabkan timbulnya kluster baru tempatan dengan pantas.



“Mereka yang belum divaksin juga berisiko tinggi untuk mudah mendapat varian delta, justeru vaksinasi adalah perlindungan terbaik melawan varian Delta ini.

“Konsortium ini akan terus memantau penularan varian virus SARS-CoV-2 di Malaysia,” ujarnya.

Tambah beliau, maklumat tentang varian dan penularan varian adalah amat penting untuk kerajaan mengambil tindakan yang wajar dan khusus untuk membendung dan mengawal penularan varian-varian yang amat berbahaya, serta menggiatkan lagi program pembangunan vaksin tempatan.

“MOSTI akan terus menerajui bidang penyelidikan dan pembangunan genom dan vaksin bagi menyokong teras menjamin keselamatan dan ketenteraman negara,” katanya.-Awani



Tiada Varian MU Covid-19 Dikesan Setakat Ini – MOSTI


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib



Wanita mengaku Nabi, dihukum mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker