297 warga asing tinggal dalam kontena termasuk 35 wanita ditahan
297 warga asing tinggal dalam kontena termasuk 35 wanita ditahan
Seramai 297 warga asing ditahan dalam serbuan imigresen di sebuah kawasan rumah kongsi di Jalan Eco Majestic 1/2c, Kajang awal pagi Jumaat.
Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 326 warga asing yang tinggal di dalam tujuh buah kontena diperiksa dalam operasi yang bermula pada jam 12 tengah malam.
Khairul berkata kebanyakan daripada warga asing itu dipercayai bekerja sebagai buruh binaan dan sektor perkilangan malah ada yang menjalankan perniagaan sendiri.
Menurutnya, semua ditahan terdiri daripada 94 lelaki dan 28 wanita Indonesia, 95 lelaki Bangladesh, 66 lelaki Myanmar, seorang lelaki Ghana serta enam lelaki dan tujuh wanita Vietnam.
“Kehadiran wanita warga asing yang ramai ini khususnya daripada Vietnam menimbulkan keraguan kerana disyaki menjalankan aktiviti yang tidak bermoral.
“Penduduk sekitar telah mengadu bahawa terdapat penempatan yang berada dalam keadaan sesak, tidak mematuhi aspek kebersihan serta berpotensi menjadi tempat pembiakan denggi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.
Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata semua ditahan terdiri daripada 94 lelaki dan 28 wanita Indonesia, 95 lelaki Bangladesh, 66 lelaki Myanmar, seorang lelaki Ghana serta enam lelaki dan tujuh wanita Vietnam.
Beliau berkata, kawasan penempatan itu jelas melanggar Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja atau Akta 446.
“Bagi kesalahan tidak mematuhi Akta 446 ini majikan boleh didenda sebanyak RM50,000 malah ada yang pernah dikenakan denda mencecah RM350,000 sebelum ini,” katanya.
Semua yang ditahan akan direman selama 14 hari di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut, katanya.
“Mereka yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau Seksyen 15(1)c iaitu tinggal lebih masa,” katanya. FMT
297 warga asing tinggal dalam kontena termasuk 35 wanita ditahan
Baca Artikel Menarik :
- Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi FELCRA
- YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan
- Wee cabar Guan Eng debat isu dasar kabotaj
- ‘Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya..’Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia
- Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga murah
- Adakah cabutan khas nombor 8 kali membawa lebih keberkatan?
- Cinta Laura mahu jadi duta PBB, Menteri Ekonomi Indonesia
- Erra tunggu keizinan Engku Emran
- Ini Antara 7 Kedai Jepun Yang Best Anda Boleh Explore & Cuci Mata Di Shopee
- Hajat Nak Lamborghini Tertunai Sebab Hamil. Adik Kepada Iqbal Zulkefli Di Tegur Netizen [VIDEO]
- Dai’ Syed Ditegur Kongsi Hadis Palsu Tentang Islamkan Orang Wajib Masuk Syurga
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.