Isteri Muhyiddin Di Sebalik Ubahsuai RM38.5juta?

Oleh Nurul Aisyah

SEORANG perempuan atau isteri selalunya pihak yang menitikberatkan penampilan sesebuah rumah. Isu ubahsuai Seri Perdana pula makin hangat diperdebatkan. Oleh itu, tidak hairanlah desas-desus isteri Muhyiddin merupakan individu dibelakang tabir pengubahsuaian Seri Perdana sehingga menelan belanja RM38.5 juta mula kedengaran. Ironinya ia  dilihat ada logik dan relevan.

Perkara yang tidak sepatutnya berlaku pula Datuk Seri Najib cuba dikaitkan dengan isu skandal pengubahsuaian tersebut.



“Jangan gunakan saya sebagai alasan sekiranya ia (menjadi) niat kamu untuk berbelanja RM38.5 juta ke atas kediaman pada ketika rakyat diberitahu bahawa kerajaan tak ada banyak wang untuk membantu mereka,” kata DSN.

Tambahan pula, kata perdana menteri keenam Malaysia itu, perabot yang dikeluarkan dari Seri Perdana itu masih tersimpan di gudang sebab dia masih berpuas hati dengan apa yang sudah ada di rumahnya.

“Ia tak digunakan langsung. Jika kerajaan ada niat, saya setuju untuk berikan secara percuma kepada kerajaan.

“Hanya perlu berhubung dengan pegawai saya dan datang ke warehouse untuk pilih,” katanya.



Sebelum itu Muhyiddin mendakwa beberapa perabot di Seri Perdana dibawa keluar oleh Najib sebelum dia meninggalkan kompleks kediaman rasmi perdana menteri berkenaan.

Menurut Datuk Seri Najib selepas kalah dalam PRU ke-14, dia sekeluarga hanya diberikan masa beberapa jam saja untuk meninggalkan Seri Perdana.

Pada 18 Nov 2020 katanya JPM meminta pihaknya mengambil barang-barang peribadi seperti yang ada dalam senarai muktamad diberikan Pejabat Perdana Menteri.

“Diberi tempoh masa dua minggu kepada pihak saya untuk selesaikan pemindahan sebelum 3 Dis 2020.



“Pada masa itu, staf saya pelik kenapa tiba-tiba kami disuruh untuk ambil balik barang-barang tersebut dengan begitu laju,” katanya.

Rupa-rupanya dakwa Najib ada seorang pengurus baru Seri Perdana dilantik dan ada rancangan oleh perdana menteri kelapan (Muhyiddin) untuk menaik taraf Seri Perdana sebab dia mahu berpindah ke sana.

“Kami hanya dibenarkan untuk mengeluarkan barang-barangan berdasarkan dari senarai muktamad yang diluluskan dan diberi JPM. Bukan ikut suka hati,” katanya.

Persoalan yang perlu diberi perhatian mengapa projek yang telah diluluskan pada 19 Mac 2021 dapat dijalankan hanya sepuluh hari kemudian? Adakah tender terbuka awam telah dilakukan? Sekiranya tidak, maka di manakah kepentingannya sehingga protokol perolehan kerajaan tidak dipatuhi?



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Abd. Latiff Ahmad menyatakan bahawa projek itu telah diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja telah dimulakan pada 29 Mac 2021 dengan jangkaan siap pada 7 Disember 2021.

Demi ketelusan dan akauntabiliti awam, kos terperinci bagi RM38.5 juta kos pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri perlu didedahkan untuk memberi alasan kukuh terhadap penggunaan dana rakyat sedemikian ketika menghadapi krisis pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi.

Apakah pengubahsuaian yang diperlukan sehingga mencecah kos yang begitu tinggi? Benarkah isteri Muhyiddin yang mahukan pengubahsuaian RM38.5juta itu dilaksanakan dengan segera? Projek itu telah diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja telah dimulakan pada 29 Mac 2021.

Artikel ini adalah pendapat penulis semata-mata



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker