PH Dan Fitnah Berpisah Tiada. Ketua Pembangkang Perlu Minta Maaf

Kejatuhan kerajaan BN pada PRU14 lepas hasil dari fitnah yang dirancang dan dimainkan oleh PH sehingga mempedaya corak pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia.

Kesannya juga telah dirasai oleh seluruh rakyat apabila ternyata kerajaan PH gagal mengurus dan mentadbir sebuah kerajaan dengan aman dan makmur.

Rakyat merasai bagaimana kerajaan PH mengkhianati kesemua janji mereka ketika berkuasa dan rakyat yang memilih merasai pengkhianatan tersebut dengan kesal.



Dalam Dewan Rakyat awal minggu ini  Anwar sebagai Ketua Pembangkang sekali lagi membuat fitnah terbuka untuk bermain persepsi kepada rakyat agar kerajaan Keluarga Malaysia dilihat membelanjakan billion ringgit hanya untuk tujuan konsultasi dalam merangka RMK12.

Dengan penafian rasmi Dato Mustapa Mohamad sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mengesahkan bahawa Anwar masih menggunakan strategi meletakkan persepsi negatif kepada kerajaan dengan membuat fitnah terbuka.

Saya yakin Anwar tahu itu merupakan fitnah tetapi beliau tetap akan menggunakan cara ini untuk merosakkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan YAB DS Ismail Sabri.

Tuduhan dan fitnah kononnya kerajaan membayar sejumlah RM2 billion kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMKe-12 merupakan fitnah jahat yang oasti berniat jahat.



Saya percaya atas ketegasan dan ketelusan kerajaan hari ini pasti Anwar akan memohon maaf atas fitnah ini. Beliau mengharapkan kerajaan gagal menjawab fitnah ini tetapi ternyata kerajaan hari ini yang diketuai DS Ismail Sabri yang mementingkan ketelusan akan menguburkan niat jahat pembangkang PH.

Kita tunggukan episod permohonan maaf Anwar Ibrahim dengan hujah dan alasan penipuan seterusnya.

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker