FB punya pasal, kereta dibakar

FB punya pasal, kereta dibakar

Serdang: Hanya kerana selisih faham berkaitan hantaran di Facebook (FB) menyebabkan berlaku pergaduhan membabitkan empat lelaki dan seorang wanita hingga sebuah kereta dirosakkan serta dibakar di Jalan BK 5, Bandar Kinrara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat pada 4 petang selepas seorang lelaki menggunakan seketul batu dan bertindak merosakkan serta memecahkan cermin kereta Proton Waja yang parkir di bahu jalan.

Menurutnya, suspek dalam keadaan marah sambil menjerit dan membuat provokasi malah kereta terbabit turut dipecahkan lampu serta cermin belakang.

“Kejadian itu juga tular di media sosial FB di mana terdapat empat video berdurasi seminit 30 saat, seminit 26 saat, seminit 15 saat dan 47 saat.

“Seterusnya, pihak polis mengambil tindakan dengan menahan suspek terbabit sebelum turut menahan seorang lagi lelaki dan wanita bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Anbalagan berkata, rentetan daripada kejadian itu, kereta yang dirosakkan itu dilaporkan dibakar pada 8.40 malam.

“Hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang mengaku membakar kenderaan terbabit.

“Selain itu, seorang lagi lelaki yang juga pemilik kenderaan terbabit turut ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, kejadian difahamkan berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan faham yang berlarutan berkenaan pelbagai hantaran dimuat naik di FB dan kesemua suspek yang ditahan itu berusia 36 hingga 42 tahun.

“Dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi yang ditahan kerana membakar kereta disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang tindakan di luar batas undang-undang yang boleh mencetuskan kegusaran dan mengancam keselamatan awam,” katanya. HM

FB punya pasal, kereta dibakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker