TMJ titah TMIYC Hutan Bandar dijadikan pusat operasi Jawatankuasa Khas COVID-19 negeri

TMJ titah TMIYC Hutan Bandar dijadikan pusat operasi Jawatankuasa Khas COVID-19 negeri

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Hutan Bandar, Johor Bahru dijadikan pusat operasi Jawatankuasa Khas (Special Task Force) COVID-19 (STFC) negeri itu.

Ia sebagai usaha proaktif dalam menangani situasi pandemik COVID-19 di negeri berkenaan, kata Baginda.



“TMIYC Hutan Bandar akan menjadi pusat tumpuan bagi segala inisiatif STFC Johor sepanjang masa pandemik ini sehinggalah situasi di Johor kembali normal.

“Diharapkan ini dapat membantu usaha dan inisiatif STFC Johor dalam pengurusan wabak COVID-19,” ujarnya dalam satu perkongsian di laman Facebook pada Khamis.
Sumber Facebook hrhcrownprinceofjohor

Terdahulu, pada 17 September, Baginda telah mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas (Special Task Force COVID-19) peringkat negeri Johor.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R. Vidyananthan, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr. Aman Rabu serta pakar-pakar kesihatan dan pengurusan pandemik.



Baginda bertitah, jawatankuasa khas berkenaan, berperanan untuk memantau dan memperbaiki proses yang digunakan bagi sistem menyaring, mengasingkan, mengawasi, dan merawat pesakit COVID-19, agar keadaan wabak adalah sentiasa dalam kawalan.

Negara hari ini mencatatkan 12,735 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,245,695 kes.

Jumlah kes di Johor dicatatkan pada angka 1,241 kes, menjadikan jumlah kumulatifnya sehingga kini kepada 195,845.-Awani



TMJ titah TMIYC Hutan Bandar dijadikan pusat operasi Jawatankuasa Khas COVID-19 negeri


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib



Wanita mengaku Nabi, dihukum mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker