Kanak-Kanak Perempuan Berusia 6 Tahun Hampir Maut Tertelan 23 Magnet

Kanak-Kanak Perempuan Berusia 6 Tahun Hampir Maut Tertelan 23 Magnet

GARA-GARA menonton video di TikTok, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Lewes, Sussex, England berkemungkinan terpaksa menggunakan beg stoma untuk membuang najis sepanjang hidupnya selepas menelan 23 magnet baru-baru ini.

Pada mulanya, kanak-kanak itu dikatakan bermain dengan magnet tersebut di sekolah sebelum membawanya pulang ke rumah untuk membuat perhiasan bagi anak patung.



Ujar ibu kanak-kanak itu, Tanith, magnet berkenaan digunakan untuk meniru tindikan lidah dalam video TikTok.

Selama beberapa hari, kanak-kanak tersebut dilaporkan telah memakan 23 magnet sehingga menyebabkan dia mengalami simptom dan terpaksa melakukan pembedahan segera bagi membuang objek berkenaan.

magnet

KANAK-KANAK malang terbabit ketika sedang dirawat di hospital. — Daily Star



Kanak-kanak terbabit mula mengadu sakit perut pada 12 September dan mengalami muntah-muntah selama dua hari.

Apabila keadaannya tidak bertambah baik, ibu bapanya membawa kanak-kanak itu ke hospital dan dia pada mulanya didapati mengalami apendiks.

Sewaktu pakar bedah melakukan pembedahan untuk membuang apendiks kanak-kanak tersebut, mereka menjumpai banyak magnet yang bercantum antara satu sama lain dalam ususnya.



Menurut perunding pediatrik, Costa Healy yang menjalankan pembedahan itu, magnet terbabit boleh menyebabkan kecederaan sepanjang hayat dan berpotensi membawa maut.

Kanak-kanak itu dibenarkan pulang ke rumah pada minggu lalu dan sedang berehat di rumah.

“Dia melalui pembedahan besar dan memiliki parut sepanjang 10 sentimeter.



“Tiada kecederaan kekal berlaku dan kami sedang meneliti kemungkinan dia memerlukan beg stoma,” kata Tanith. — Dailystar

Kanak-Kanak Perempuan Berusia 6 Tahun Hampir Maut Tertelan 23 Magnet


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Daphne Iking cantik berhijab, netizen doakan semoga terus istiqamah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker