Bella dicurangi Aliff berkali-kali

Bella Astillah nekad bercerai

Bella dicurangi Aliff berkali-kali

Berkali-kali dicurangi, pelakon Bella Astillah, 29, memfailkan permohonan perceraian daripada suami, Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, 11 Mac lalu.

Sebutan kali pertama berlangsung hari ini, apabila Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi ditemani ahli keluarga.



Tidak lagi mahu berdolak-dalih, kali ini Bella nekad untuk bercerai dan mengakhiri perkahwinan dengan Aliff atau nama lengkapnya, Mohammad Aliff Aziz.

“Sebenarnya, saya fikir ini jalan terbaik untuk saya. Seperti mana semua tahu, kami pernah rujuk sebelum ini. Jadi, saya fikir, dengan memilih jalan masing-masing, ini mungkin yang terbaik untuk diri Aliff dan saya.

“Pada awalnya, dia (Aliff) bersetuju. Bulan Ramadan ini, saya mahu semuanya lancar, itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Bella, iaitu Azmi Mohd. Rais berkata, Aliff tidak hadir atas urusan penggambaran dan prosiding diteruskan, bulan depan.



“Hari ini adalah sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai dengan kebenaran mahkamah. Kami sudah failkan kes ini, kelmarin, iaitu perceraian secara ekspres sebab kami dapat berita sebelum ini Aliff bersetuju.

“Tetapi hari ini Alif cakap dia tidak bersedia kerana ada kerja. Jadi, saya sudah mohon tarikh sebutan seterusnya untuk menyempurnakan serahan saman secara kendiri dan berbincang untuk menyelesaikan kes secara baik,” katanya.

Sedari minggu lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Sabtu lalu.

Ruhainies bagaimanapun mendakwa berkawan dengan Aliff sejak lebih 10 tahun lalu dan mereka sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Terjerat.



Bella dilapor menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama terbitan OrangeTree Production bagi tayangan platform penstriman, iQIYI itu.

Sebelum ini, Aliff beberapa kali dilaporkan bermain kayu tiga dengan rakan gandingannya dalam beberapa drama termasuklah Afifah Nasir dan Sophia Albarakbah. K Online

Bella dicurangi Aliff berkali-kali

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah



Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker