Rafidah perlekeh RMK12, tidak realistik katanya

Sebaran :

Rafidah perlekeh RMK12, tidak realistik katanya

Bekas menteri persekutuan Rafidah Aziz menyelar Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), yang disifatkan tidak realistik, malah menyatakan sasaran dikemukakan dalam perancangan lima tahun itu seperti “memecut dalam perlumbaan 100m dengan lutut terkehel’.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata perancangan lima tahun itu mesti berdasarkan jangkaan realistik membabitkan perkembangan domestik, rantau dan antarabangsa.

Bagaimanapun, beliau berkata, banyak persoalan tercetus berdasarkan ‘cita-cita tinggi’ yang diletakkan, terutama ketika negara ini belum pulih daripada belenggu wabak.

“Premis utama perancangan ini perlu menumpukan kepada pemulihan mapan dalam semua sektor utama negara. Sepatutnya, pelan pemulihan negara berdasarkan pengurusan wibawa dalam menangani wabak mesti menjadi tonggak dalam RMK12,” katanya.

Rafidah turut mempersoalkan sama ada pelaburan asing akan kembali menanam modal di negara ini, yang masih menguatkuasakan dasar pemilikan Bumiputera.

“Dasar itu akan mengekang kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan,” katanya merujuk arahan penangguhan kerajaan berhubung syarat pemilikan 51% ekuiti dalam syarikat fret di negara ini.

Pelaksanaan syarat itu ditangguhkan ke Disember tahun depan selepas mendapat bantahan.

Rafidah berkata, kerajaan yang tidak stabil dan tidak kompeten tidak mampu menarik pelabur.

“Berhubung rancangan membasmi kemiskinan tegar sepenuhnya menjelang 2021, tolonglah realistik. Pelan sepatutnya tertumpu kepada usaha mengurangkan beban mereka yang teruk terjejas akibat Covid-19, dan menyediakan pendekatan baharu yang secara langsung memperbaiki kehidupan mereka, selain kembali menikmati pendapatan tetap,” katanya.

Beliau juga mengkritik tindakan kerajaan membabitkan sasaran mengurangkan pengeluaran karbon dalam RMK12.

“Ini semua tidak bermakna apabila kita terus menyaksikan hutan terus dinodai, bukit dan persekitaran dirobek,” katanya. FMT

Nampaknya semua benda yang orang lain buat selain Mahathir adalad salah. Dia dengan bos dia saja yang betul. Sepatutnya beri sokongan dan idea yang bernas tapi asyik nak kritik saja.

Rafidah perlekeh RMK12, tidak realistik katanya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah


Sebaran :

Leave a Reply