“Guru Desa Tercantik’ Didakwa Tipu Wang Sumbangan Orang Ramai

“Guru Desa Tercantik’ Didakwa Tipu Wang Sumbangan Orang Ramai

SEORANG wanita di China dikenali ramai kerana sifatnya yang suka menghulurkan bantuan secara sukarela untuk mengajar kanak-kanak di kawasan perkampungan dan mengumpul sumbangan dana bagi keperluan mereka di negara itu sehingga dia digelar sebagai ‘guru desa tercantik’.

Wanita berkenaan, Long Jingjing atau dikenali sebagai Gina sering dilihat mengambil berat tentang pendidikan kanak-kanak malahan dia membangunkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menghantar para guru ke wilayah terpencil di negara tersebut.

Namun, Gina baru-baru ini didakwa mengutip sumbangan orang ramai secara tidak berlesen atau sah melalui NGO miliknya.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang lelaki bernama Xu dan perkara tersebut dilaporkan kepada Biro Hal Ehwal Awam China.

Sejak itu, ramai orang menuduh Gina menggunakan kanak-kanak untuk kepentingan peribadinya.

Gina bagaimanapun tampil menjelaskan dakwaan berkenaan.

Dia mengaku kesilapannya mengutip sumbangan melalui kod QR tetapi Gina mengatakan tidak mengetahui bahawa perbuatan itu melanggar undang-undang dan menegaskan dirinya bukan seorang penipu.

“Mengubah dunia bukan mudah. Bagi saya, itu adalah komitmen. Semenjak 10 tahun lalu, saya membantu 1,500 orang, mengumpulkan sumbangan sebanyak 1.93 juta yuan (RM1.25 juta) dan menganjurkan 112,055 kelas untuk kanak-kanak.

“Walaupun saya tidak tinggal setiap hari di kawasan pergunungan, angka berkenaan membuatkan saya percaya saya boleh melakukan lebih daripada apa yang saya bayangkan,” ujarnya di laman media sosial China, Weibo.

Semenjak berada di sekolah tinggi, Gina sering menghabiskan masa terluangnya mengajar kanak-kanak di kawasan terpencil.

Wanita tersebut sering mengumpulkan sumbangan untuk kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) yang tinggal di kawasan pergunungan. –South China Morning Post

“Guru Desa Tercantik’ Didakwa Tipu Wang Sumbangan Orang Ramai


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Daphne Iking cantik berhijab, netizen doakan semoga terus istiqamah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker