Baiki penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi, bukan pemilikan ekuiti saja
Baiki penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi, bukan pemilikan ekuiti saja,
Kerajaan digesa memberikan fokus lebih meluas dengan memperbaiki penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi secara menyeluruh, bukan hanya berkaitan pemilikan ekuiti semata-mata.
Ahli ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak Barjoyai Bardai berkata, pemilikan ekuiti semata-mata bukanlah ukuran sebenar kejayaan ekonomi.
“Jangan terbawa-bawa dengan sasaran 30% atau angka tertentu tetapi beri fokus terhadap objektif yang lebih besar, iaitu penyertaan semua Bumiputera dalam sektor ekonomi.”
Beliau juga percaya agak sukar untuk negara menikmati pertumbuhan ekonomi yang besar sekiranya ia masih mengekalkan rancangan ekonomi yang sama.
“Masanya telah tiba untuk kerajaan memikirkan rancangan baharu berdasarkan paradigma semasa,” katanya.
Katanya, hanya tiga rancangan lima tahun Malaysia pertama boleh dianggap berjaya, yang tempohnya antara 1966 dan 1980.
“Selebihnya hanya untuk menstabilkan keadaan dan meneruskan rancangan sebelumnya. Ia kelihatan sama dengan beberapa perubahan kecil.
“Kerajaan hanya meniru semula rancangan sebelumnya dan pendekatan berterusan ini mencipta unjuran linear terhadap pertumbuhan ekonomi. Malaysia berada dalam pertumbuhan linear sejak lebih 20 tahun lalu.
“Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) ini datang pada masa yang tepat disebabkan ekonomi global menunjukkan trend penurunan dan sebab itu kita perlu menetapkan sasaran yang lebih tinggi. Jika tidak, kita hanya akan mencatat pertumbuhan rendah untuk tempoh lima tahun akan datang dan tertinggal di belakang.”
Ahli ekonomi-politik Firdausi Suffian berkata, isu sebenar ialah bagaimana dasar Bumiputera dilaksanakan.
“Saya percaya dasar Bumiputera ini tidak dilaksanakan dengan baik dan sesetengah orang telah menyalahguna kelebihan itu. Ini sebabnya mengapa sasaran pemilikan ekuiti tidak dapat dicapai,” katanya kepada FMT.
Orang yang mengawal dasar telah mewujudkan sistem perlindungan yang hanya memberi keuntungan kepada golongan Bumiputera yang kaya.
“Sistem ini tidak menguntungkan majoriti Bumiputera, khususnya golongan miskin. Kita perlu mengubah sistem itu.” FMT
Baiki penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi, bukan pemilikan ekuiti saja
Baca Artikel Menarik :
- 37,415 perniagaan gulung tikar akibat COVId-19
- FIFA kagum gol roket Tae Su Sabah FC(Video)
- Wang RM13 juta mungkin dipindah bagi penyelidikan kanser – Mukhriz
- Bung mohon maaf di Dewan Rakyat
- Najib Disalahkan i-Citra Belum Dinaikkan ke RM10ribu
- Kenapa Zeti Sibuk Beri “Amaran” kepada TH Sedangkan TH Bukan Bawah Pemantauan BNM
- Khalid mengaku keluarkan surat sokongan
- Elizabeth Tan jadi mangsa buli, gantung tanpa tali
- Bunyi dentuman, macam letupan, 3 maut
- Harap Ismail betulkan tiga kesilapan dilakukan PH
- PU Syed Tegur Caprice “Bersumpah Dengan Nama Allah Atau Lebih Baik Diam”
Layari Laman Facebook MYKMU
Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah