Penyelesaian bayaran kompaun tak bermakna Ahmad Maslan mengaku bersalah

Penyelesaian bayaran kompaun tak bermakna Ahmad Maslan mengaku bersalah

Penyelesaian bayaran kompaun RM1.1 juta kepada mahkamah bukan bermaksud pengakuan bersalah Ahmad Maslan terhadap dua pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau, tegas peguam yang mewakili Ahli Parlimen Pontian.

Tetuan Shahrul Hamidi dan Haziq berkata, proses penyelesaian itu juga tiada sebarang kaitan dengan faktor politik atau luaran serta tidak melibatkan mana-mana individu atau agensi lain selain agensi siasatan dan agensi pendakwaan yang terlibat.



“Penyelesaian ini adalah satu penyelesaian yang menang-menang bagi semua pihak dan seiring dengan undang-undang.

“Untuk makluman, jumlah kompaun yang dibayar iaitu RM1.1 juta adalah bantuan dan pinjaman daripada rakan-rakan yang telah menyokong Ahmad Maslan sepanjang perjuangan beliau,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ahmad Maslan atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas beliau membayar kompaun RM1.1 juta. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL



Penyelesaian bayaran kompaun tak bermakna Ahmad Maslan mengaku bersalah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker