Ribut petir, hujan lebat landa negara malam ini

Ribut petir, hujan lebat landa negara malam ini

Beberapa kawasan di 13 buah negeri berdepan amaran ribut petir serta hujan lebat sehingga pukul 9 malam, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu diramal akan melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.



Sementara itu di Kelantan, ia melibatkan kawasan Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala di Terengganu kawasan yang terjejas ialah Besut, Setiu, Hulu Terengganu,Dungun dan Kemaman.

Bagi negeri Pahang pula ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

“Di Selangor pula kawasan yang terkesan di Sabak Bernam, Hulu Langat dan Sepang.

“Bagi negeri Johor pula di Tangkak, Segamat, Muar, Kulai, Johor Bahru dan termasuk seluruh negeri Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya hari ini.



Keadaan itu juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Samarahan (Samarah dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.

Turut akan mengalami hujan lebat di beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu). K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Ribut petir, hujan lebat landa negara malam ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker