JPN sahkan terima laporan 4 juta data warganegara dijual lebih RM35,000

Sebaran :

JPN sahkan terima laporan 4 juta data warganegara dijual lebih RM35,000

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan ia menerima laporan berhubung dakwaan penjualan pangkalan data mengandungi empat juta maklumat peribadi rakyat Malaysia di sebuah forum pasaran pangkalan data terkenal.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ruslin Jusoh bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Memang ada laporan yang dihantar berkenaan (isu) itu, tetapi saya tidak akan komen apa-apa buat masa ini. Nanti pihak kita akan maklumkan kemudian,” katanya dipetik Sinar Harian.

Terdahulu, Lowyat.net melaporkan pangkalan data dipercayai milik JPN dijual di sebuah forum pasaran pangkalan data terkenal.

Pangkalan data JPN itu disertakan tanda harga 0.2 Bitcoin bersamaan RM35,495. Ia dikatakan mengandungi maklumat daripada laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengguna Twitter, Adnan Mohd Shukor dipetik akhbar itu sebagai berkata, pangkalan data terbabit mengandungi maklumat penting seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat dan alamat tetap, nombor telefon bimbit serta alamat e-mel. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

JPN sahkan terima laporan 4 juta data warganegara dijual lebih RM35,000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas


Sebaran :

Leave a Reply