Anda Sudah Update iOS 15? Ciri baharu Ini Boleh Buatkan Lagu Sedih Tambah Lebih Syahdu

Anda Sudah Update iOS 15? Ciri baharu Ini Boleh Buatkan Lagu Sedih Tambah Lebih Syahdu

MINGGU lalu, jenama gajet terkemuka, Apple secara rasminya melancarkan peranti mudah alih yang ditunggu-tunggu ramai, iaitu iPhone 13 yang bakal dibuka untuk pra-tempahan mulai 1 Oktober ini.

Selain iPhone 13, Apple turut mengumumkan kemas kini baharu sistem operasi iPhonenya, iOS 15 yang sudah dilancarkan kepada umum sejak 20 September lalu.

Pengguna iPhone yang telah mengemas kini sistem operasi tersebut di telefon pintar mereka menyedari satu ciri yang memberi pengalaman mendengar muzik yang lebih baik.

Kemas kini iOS 15 hadir dengan satu ciri tetapan yang membolehkan pengguna menambah bunyi alam sekitar seperti hujan atau lautan sebagai bunyi latar belakang ketika mendengar lagu-lagu kegemaran mereka.

Ramai yang menyarankan pengguna iPhone lain untuk mendengar lagu sedih sambil memainkan bunyi hujan sebagai latar bagi mewujudkan suasana yang lebih suram.

Ciri iOS 15 baharu yang membolehkan pengguna memainkan bunyi latar belakang.

Cara-cara untuk menghidupkan ciri-ciri berkenaan adalah seperti berikut:

1. Buka tetapan (setting) dan pergi ke bahagian ‘Accessibility

2. Kemudian pergi ke bahagian ‘Hearing’ dan pilih ‘Audio/Visual

3. Pilih ‘Background Sounds

4. Hidupkan suara latar belakang dengan menekan butang on/off

5. Tekan butang ‘Sounds’ dan bilih salah satu daripada enam pilihan bunyi

6. Anda boleh tetapkan sekuat mana bunyi latar belakang dimainkan

7. Jika anda mahu suara latar belakang dimainkan ketika mendengar lagu, hidupkan butang ‘Use When Media is Playing

Enam bunyi yang tersedia adalah ‘balanced noise‘, ‘bright noise‘, ‘dark noise‘, bunyi lautan, hujan dan juga arus air.

Anda Sudah Update iOS 15? Ciri baharu Ini Boleh Buatkan Lagu Sedih Tambah Lebih Syahdu


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Apple Turunkan Harga iPhone 12, Ini Masa Terbaik Miliki Telefon Baharu

Apple dedah spesifikasi penuh model terbaharu iPhone 13 [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker