Empat Positif Covid-19 Dilarang Masuk Langkawi

Empat Positif Covid-19 Dilarang Masuk Langkawi

Alor Setar: Empat individu termasuk suami isteri yang menyertai gelembung pelancongan ke Langkawi tidak dibenarkan menaiki feri di Terminal Feri Kuala Kedah semalam, selepas dikesan positif Covid-19.

Suami isteri itu berusia 30 tahun, manakala dua lagi individu adalah lelaki 26 tahun dan wanita berumur 40-an berada di terminal terbabit pada 1.30 petang.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ujian saringan kendiri yang dilakukan menunjukkan keempat-empatnya positif Covid-19 dan mereka diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

“Mereka bukan daripada kumpulan sama (melancong bersama) dan petugas ada menghubungi hospital untuk mengetahui sama ada terdapat rakan lain atau ahli keluarga bersama mereka untuk ke Langkawi.

“Kita bimbang jika ada yang kontak rapat, jadi kita akan minta (maklumat) KKM untuk kita kesan mereka (kontak rapat),” katanya hari ini.

Kerajaan membenarkan rakyat lengkap vaksinasi untuk melancong di Pulau Langkawi menerusi gelembung pelancongan mulai 16 September lalu dengan beberapa syarat dan prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi termasuk melakukan ujian saringan kendiri.-HM

Empat Positif Covid-19 Dilarang Masuk Langkawi


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laluan di MRR2 tutup 6 bulan

Lori ‘mabuk’, pemandu positif dadah rupanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker