Apple dedah spesifikasi penuh model terbaharu iPhone 13 [VIDEO] — MYKMU.NET

Apple dedah spesifikasi penuh model terbaharu iPhone 13 [VIDEO]

Sebaran :

Apple dedah spesifikasi penuh model terbaharu iPhone 13 [VIDEO]

SYARIKAT teknologi Apple pada Selasa mendedahkan spesifikasi model terbaharu telefon pintar keluarannya “iPhone 13” yang bakal menjadi penanda aras peranti itu bagi syarikat tersebut.

iPhone 13 didatangkan dalam dua versi iaitu versi biasa dengan saiz skrin 6.1 inci dan versi lebih kecil iPhone 13 Mini dengan srin bersaiz 5.4 inci.

Selain iPhone 13 dan iPhone 13 Mini, Apple turut mengetengahkan model iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max.

Skrin model terbaharu ini menggunakan panel OLED yang lebih terang manakala sisinya masih menggunakan aluminium diapit di antara dua kepingan kaca.

iPhone 13 Pro Max dijual pada harga RM5,299 untuk storan 128GB manakala untuk storan 1TB pula pada harga RM7,599.

iPhone 13 Pro pula bermula pada harga RM4,899 untuk 128GB dan mencecah sehingga RM7,199 untuk pilihan storan 1TB dengan pilihan warna Sierra Blue, emas, perak dan graphite.

Pratempahan untuk iPhone 13 dan 13 Mini akan bermula pada 17 September menjelang tarikh pelancaran 24 September.

Tidak banyak perubahan dapat dilihat pada iPhone 13, sebaliknya ia seakan-akan kelihatan model iPhone S lama Apple.

Apple menawarkan beberapa penyempurnaan dan penambahbaikan pada reka bentuk tahun lalu dan bukannya ciri baharu yang ketara.

Tidak seperti iPhone 12 yang menyaksikan perubahan besar pada reka bentuk, iPhone 13 mempunyai penampilan yang sama dengan model tahun lalu, namun hanya dengan ciri ‘notch’ pengecaman wajah yang lebih kecil sekali gus menggunakan ruangan lebih kecil di bahagian atas telefon pintar tersebut.

Dari segi spesifikasi, iPhone 13 dilengkapi cip A15 Bionic yang didakwa Apple lebih pantas dan lebih cekap kuasa berbanding cip A14 Bionic tahun lalu.

Cip tersebut masih menggunakan 5nm dan CPU 6 teras (dengan dua teras berprestasi tinggi baharu dan empat teras kecekapan tinggi baharu).

Apple menyatakan ia adalah CPU terpantas dalam telefon pintar sehingga 50 peratus lebih baik daripada pesaingnya.

Grafik pada iPhone 13 juga dikatakan 30 peratus lebih pantas daripada pesaingnya.

Melalui teknologi ProMotion, refresh rate untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max boleh ditetapkan pada 120Hz.

Barisan iPhone 13 baharu juga menawarkan jangka hayat bateri yang lebih baik.

iPhone 13 Mini didatangkan dengan jangka hayat bateri 1.5 jam lebih lama daripada iPhone 12 Mini, manakala iPhone 13 dengan jangka hayat bateri 2.5 jam lebih lama daripada iPhone 12 susulan penggunaan cip A15.

Perubahan terbesar sebenarnya terarah kepada teknologi kamera yang diturunkan daripada iPhone 12 Pro Max tahun lalu.

iPhone 13 mendapat kamera yang sama seperti tahun lalu dengan sensor yang lebih besar secara fizikal untuk kelebaran kamera 47 peratus lebih besar daripada tahun lalu, sekali gus membolehkan lebih banyak pencahayaan di persekitaran gelap.

Dengan sokongan LiDAR dan algoritma Apple yang terkini, ia juga mampu mengoptimasikan kualiti gambar dan video seperti menyokong rakaman yang mod malam lebih baik serta rakaman video 4K HDR, Apple ProRes, atau juga Dolby Vision HDR.

Apple juga memperkenalkan “mod sinematik” baharu untuk video serta penambahbaikan lain seperti semua sensor menyokong mod malam, mod makro pada sudut ultra lebar atau juga Photographic Styles.

Apple juga menjanjikan peningkatan prestasi 5G berbanding iPhone 12, dengan lebih banyak sokongan band untuk pengalaman 5G antarabangsa yang lebih baik.

Syarikat itu menjanjikan iPhone akan menyokong 200 syarikat penerbangan di lebih 60 negara dan wilayah pada akhir tahun ini.

Difahamkan iPhone 13 akan mula dibuka untuk pratempahan di Malaysia bermula 1 Oktober ini.

Apple dedah spesifikasi penuh model terbaharu iPhone 13 [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahu bercuti atau pilih balik kampung?

Penularan Covid-19 bukan tiket sebar ajaran sesat


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: