Timbalan Speaker dijangka kembali kepada Azalina?

Timbalan Speaker dijangka kembali kepada Azalina. Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said memberi gambaran akan mempengerusikan majlis persidangan Dewan Rakyat di sebelah petang hari ini.

Beliau ketika membahaskan usul titah diraja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara berseloroh menyatakan dirinya akan ‘menggantikan’ pada sebelah petang sewaktu meminta masa tambahan daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang mempengerusikan majlis ketika itu.

“Akhir sekali sebelum saya minta masa tambahan yang berhormat Speaker, kalaupun saya ganti 2.30 nanti, saya tambah sikit..,” katanya sambil mendapat reaksi Azhar sedikit tertawa dengan permintaan Azalina itu.



Beliau kemudiannya meneruskan perbahasan mengenai jawatan Peguam Negara dan Pendakwaraya dimana ia tidak boleh dipegang individu yang sama.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan terdapat satu cara yang membolehkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dipilih dalam kalangan kerajaan iaitu menggunakan perkara 7 (1) Peraturan Mesyuarat iaitu Speaker Dewan Rakyat mempunyai hak untuk memilih mana-mana ahli Dewan untuk mempengerusikan Majlis.

Usul tersebut hendaklah disokong dan tidak perlu dibahaskan.

Timbalan Speaker dijangka kembali kepada Azalina




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Mahu bercuti atau pilih balik kampung?

Penularan Covid-19 bukan tiket sebar ajaran sesat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker