Tajuddin pengerusi baharu BBC, Khairuddin timbalan

Sebaran :

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Tajuddin dilantik mengisi jawatan itu menggantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dalam kabinet kerajaan Persekutuan.

Beliau yang mengesahkan perkara itu ketika ditanya Bernama turut memaklumkan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebagai Timbalan Pengerusi.

Tajuddin berkata, Kelab Penyokong Kerajaan itu kini akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia (BBC Kerajaan Malaysia).

Sebelum ini, ketika diterajui Shahidan ia dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC).

Shahidan dilantik sebagai Pengerusi PNBBC pada Mei 2020, manakala Timbalan Pengerusi ketika itu disandang Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh. – Bernama

Tajuddin pengerusi baharu BBC, Khairuddin timbalan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga ayam naik, ‘Kertel’ adalah puncanya


Sebaran :

Leave a Reply