Tak serik hina Agong, tukang kebun dipenjara kali ketiga atas kesalahan sama
Tak serik hina Agong, tukang kebun dipenjara kali ketiga atas kesalahan sama
Seorang tukang kebun yang sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara dua kali kerana menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial kira-kira dua tahun lalu, sekali lagi dikenakan penjara setahun dan denda RM20,000 selepa didapati bersalah atas kesalahan sama.
Sharil Mohd Sarif, 38, dijatuhi hukuman itu selepas tertuduh menukar pengakuan tidak bersalah selepas kes disebut semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen M M Edwin Paramjothy, yang turut mengenakan denda tambahan RM1,000 terhadap tertuduh kerana mengulangi kesalahan.
Tertuduh membuat kenyataan jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui akaun Twitter bernama “Sharil bin Mohd Sarif”, pada 7.43 pagi, 20 April lalu.
Hantarannya itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, pada 1.30 tengah hari, hari sama.
Sharil, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan menyalahgunakan fasiliti internet mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Ketika rayuan, tertuduh merayu hukuman diringankan kerana mempunyai tiga anak untuk ditanggung, manakala isterinya meninggal dunia tiga bulan lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang, bagaimanapun mempertahankan hukuman dikenakan sebagai pencegah, selain berhujah tertuduh sebelum ini sudah dua kali disabit atas kesalahan sama.
Tahun lalu, Hakim sama menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara berasingan membabitkan dua tuduhan selepas tertuduh mengaku bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, dalam akaun Instagram miliknya.
Hakim Paramjothy memerintahkan kedua-dua hukuman penjara dilaksanakan serentak bermula tertuduh ditahan pada 2 Mac tahun lalu.
Kenyataan menghina itu dibuat di akaun rasmi Instagram, Istana Negara, ketika siaran secara langsung majlis angkat sumpah Perdana Menteri ke-8 Muhyiddin Yassin.
Sharil berdepan hukuman penjara pertamanya selama dua bulan selepas mengaku bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong, menggunakan akaun Facebook, “Shahril Chain”, dalam satu hantaran pada 11.30 pagi, pada 13 Mac 2019. FMT
Tak serik hina Agong, tukang kebun dipenjara kali ketiga atas kesalahan sama
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang masih milik Kedah
- Abang sumpah laknat, dakwa adik mangsa gangguan seksual pendakwah terkenal
- Bomoh Dari Singapura, Kaut Untung RM216,000 Sebulan Dengan Hanya Membaca Mantera
- Ramai Yang ‘U-Turn’ Minta Maaf Pada Caprice
- Penyampai Radio Dicekup Untuk Bantu Siasatan
- Ditahan Berbaju Ketat Dan Berseluar Pendek
- Pandai suruh orang rehat, patut pemimpin PH yang dah kena dakwa cuti dulu
- Mimi Lana kena kecam hebat dengan netizen
- Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak – Rita
- Telaga neraka, penjara jin ditemui di Yemen (Video)
- Resepi Udang Galah Masak Lemak
Layari Laman Facebook MYKMU