Lima Pendaki Maut Dalam Ribut Salji

Lima Pendaki Maut Dalam Ribut Salji

MOSCOW: Ribut salji yang melanda secara mengejut menjadi halangan terakhir yang tidak mampu digagahi oleh lima pendaki di puncak tertinggi di benua Eropah, Gunung Elbrus, yang terletak di barat daya Rusia.

Mereka disahkan terkorban, sementara 14 ahli pasukan lain dalam pendakian itu berjaya diselamatkan di puncak Caucasus dalam tiupan angin kencang, tahap penglihatan rendah serta suhu 20 Celsius di bawah paras beku, lapor Reuters.



Daripada jumlah yang terselamat, 11 pendaki dikejarkan ke hospital kerana mengalami komplikasi kesihatan.

Kumpulan pendaki Rusia itu membuat panggilan kecemasan untuk meminta pertolongan selepas jam 5 petang pada Khamis.

Seorang wanita jatuh sakit dan meninggal dunia dalam dakapam salah seorang jurupandu pendakian, Denis Alimov, yang menganjurkan aktiviti itu, lapor agensi berita TASS.

Seorang lagi pendaki patah kaki ketika dia menuruni gunung, sebelum kumpulan berkenaan mengambil keputuan untuk berpecah kepada tiga kumpulan, bergantung kepada siapa yang boleh bergerak lebih pantas.

“Ketika turun, dua lagi pendaki meninggal dunia dalam salah satu kumpulan itu. Namun, keputusan untuk berpecah itu betul kerana ia dapat mengelakkan daripada lebih ramai korban nyawa,” ujar Alimov.



Peserta pendakian termasuk jurupandu juga menderita akibat gigitan fros.

Gunung Elbrus, yang mempunyai ketinggian 5,642 meter di sempadan utara Georgia, dikenali dengan risiko cuaca ekstrem yang boleh berubah secara mendadak, sekali gus menyukarkan laluan pendakian.

Lima Pendaki Maut Dalam Ribut Salji


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal



Kenapa kad pelarian UNHCR Nur Sajat boleh siap cepat sangat?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker