Penunggang motosikal diserang sawan maut kemalangan

Kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di Bandar Seri Jempol petang tadi

JEMPOL – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di Bandar Seri Jempol, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa, Razali Mohamad Nudin, 57, disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Modenas dalam perjalanan dari rumahnya ke kedai runcit di Bandar Seri Jempol.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai diserang sawan menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan terbabas ke arah jalan bertentangan.



“Mangsa tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dikeluarkan anggota Balai Polis Seri Jempol dan dihantar ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN



Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker