Remy Ishak tarik diri Anugerah Bintang Popular

Remy Ishak tarik diri Anugerah Bintang Popular

Susulan kurang drama dan filem siaran sekitar tahun lalu, aktor terkenal Remy Ishak mengambil keputusan untuk menarik diri senarai pencalonan awal Anugerah Bintang Popular ke-34 tahun ini.

“Perkara tersebut diambil memandangkan produk filem dan drama yang saya lakonkan kurang pada tahun lalu,” kata aktor yang baru mendirikan rumah tangga pada bulan lalu itu.

Tambah pemilik nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak, 39, dengan ketiadaan namanya dalam senarai pencalonan, peluang akan lebih terbuka kepada selebriti yang lebih layak untuk bertanding berbanding dirinya.

“Saya berpendapat peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding,” tulis Remy dalam satu perkongsian InstaStorynya.

Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu juga telah memaklumkan kepada pihak penganjur mengenai penarikan dirinya daripada mana-mana kategori pencalonan.

“Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori ABP tahun ini.

“Terima kasih tidak terhingga kepada pihak penganjur dan peminat yang telah menyokong saya selama ini,” katanya lagi.

Untuk rekod, Remy pernah memenangi kategori Gandingan Serasi Drama bersama Mira Filzah untuk drama Pujaan Hati Kanda pada ABPBH32 dan Pelakon TV Lelaki Popular pada ABPBH24.

Selain ketiadaan Remy, majlis anugerah yang dijadualkan berlangsung pada 13 November depan itu terlebih dahulu menyaksikan pengunduran aktor Zul Ariffin untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori pertandingan. K Online

Remy Ishak tarik diri Anugerah Bintang Popular


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker