Mayat Ashraff ditemukan

Mayat Ashraff ditemukan

Hulu Selangor: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama lima rakannya di Sungai Balak, Batang Kali, di sini, ditemukan lemas pada malam ini.

Mayat Ashraff Saari, 23, yang berasal dari Assam Jawa, Kuala Selangor ditemukan pihak bomba pada 9.55 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, media melaporkan kegembiraan lima sekawan mandi bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka dikhuatiri lemas, hari ini.

Norazam dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.30 petang sebelum pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi. HM

Mayat Ashraff ditemukan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker