‘Gembira’ Dah Pindah Ke Bali’ – Ada Netizen Tak Senang Tengok Nourul Wahab Berhijrah

‘Gembira’ Dah Pindah Ke Bali’ – Ada Netizen Tak Senang Tengok Nourul Wahab Berhijrah

DILEMPAR kata-kata kesat dan menyakitkan hati, penyanyi Nourul Wahab mengakui sedikit tergores dengan komen negatif netizen yang seolah-olah tidak senang dengan penghijrahannya ke Bali, Indonesia.

Biarpun enggan melayan perkara negatif seperti itu namun Nourul berkata, dia perlu menegur tindakan itu bagi memberi kesedaran mengenai keburukan ‘cyberbully’.



“Saya tak suka benda negatif macam ini, tapi saya terpaksa kongsi sebab ada orang yang masih nak buli orang lain di sosial media. Perkara ini sangat tidak bagus.

“Memang ada orang seperti itu dan sesiapa yang gunakan sosial media untuk kebaikan, kita kena sentiasa kuat serta sebolehnya jangan layan orang macam itu.

“Ikutkan saya tak layan dan sekat pun orang itu tapi sekadar sebagai kesedaran kepada semua orang yang benda ini tidak baik. Kenapa nak buli manusia lain?



“Tak perlu pun sebenarnya… kalau rasa tak gembira tengok atau tak suka orang itu, kita manusia ada hak tak suka tapi jangan membenci,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Nourul menerusi Instagram miliknya memuat naik paparan skrin mesej daripada individu yang berharap penyanyi itu tidak akan pulang ke Malaysia lagi.

“Alhamdulillah, pergi pun… makbul doa rakyat nak sis pergi sana. Mohon tak payah datang Malaysia lagi sis. Kalau tak asyik berita sis saja dari tahun lalu tak sudah,” tulis netizen.

Pemilik nama Noorul Huda Abdul Wahab ini sudah berada di Jakarta, Indonesia untuk menjalani kuarantin selama lapan hari bermula pada Isnin sebelum ke Bali.

Sebelum ini, Nourul memberitahu dia sepatutnya berangkat ke Bali pada Julai lalu namun perancangan terpaksa ditangguh berikutan pandemik Covid-19.



Sementara itu, Nourul menganggap mesej negatif tersebut juga menggores hati peminat dan pengikutnya di laman sosial.

“Perlukah cyberbully begini wujud? Macam mana nanti kesan pada anak-anak kita apbila mereka ada laman sosial nanti jika masih ramai bersikap begini.

“Dia sakitkan hati kami, dia sakitkan juga hati pengikut kami. Dia berdosa bukan dengan kami saja. Tetapi dengan semua pengikut dan semua yang sayang kami.



“Susunlah langkah nanti nak minta ampun daripada kami semua. Hati-hati kalau sakitkan hati manusia. Pada siapa kita nak report untuk cyberbully?

“Mohon tag pihak tertentu agar mereka ini berubah sikap atau langsung tak boleh gunakan laman sosial,” tulisnya.-mSTAR

‘Gembira’ Dah Pindah Ke Bali’ – Ada Netizen Tak Senang Tengok Nourul Wahab Berhijrah




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hanif Omar mohon maaf kepada Kit Siang

Bencana di Gunung Jerai takdir Allah – Takiyuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker