Wanita Britain terlepas hukuman mati bunuh suami di Langkawi, pulang ke UK

Wanita Britain terlepas hukuman mati bunuh suami di Langkawi, pulang ke UK

Seorang wanita warga Britain yang terlepas hukuman mati di Malaysia kerana membunuh suaminya di kediaman mereka di Langkawi tiga tahun lalu, dilaporkan telah pulang ke United Kingdom (UK).

Menurut laporan Daily Mail, Samantha Jones, 55, kelihatan masih mengenakan cincin perkahwinan ketika pulang ke sana.



Sebelum perbicaraan kes itu, wanita terbabit memberitahu media berkenaan :”Saya mencintai lelaki itu.”

Pada Oktober 2018, kisah Samantha menjadi tajuk utama media selepas membunuh suaminya, John Jones, 63, untuk mempertahankan diri.

Dia kemudiannya mendedahkan suaminya seorang pemabuk dan sering menderanya selama bertahun-tahun.

Pasangan itu tinggal di Malaysia sejak 2004.



Pada malam kejadian, Samantha mendakwa John pulang ke vila mereka dalam keadaan mabuk.

Kemudian katanya, lelaki terbabit menumbuk dan menendang di bahagian perutnya sebelum wanita itu mencapai sebilah pisau dan menikam suami sebagai tindakan untuk mempertahankan diri.

Dia berlari ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan namun sebaik ambulans tiba, John disahkan mati.

Peguam yang mewakili Samantha, Sangeet Kaur Deo, sebelum ini berkata anak guamnya menjadi mangsa penderaan fizikal dan bimbang dibunuh suaminya satu hari nanti.



Pada mulanya, Samantha dijatuhkan hukuman mati namun berjaya terlepas selepas hakim memutuskan dia tidak bersalah atas tuduhan membunuh.

Sebaliknya, dia diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 42 bulan dan denda RM10,000 atas kesalahan menyebabkan kematian suaminya tanpa niat membunuh dan wanita itu telah pun menjalani hukuman selama 20 bulan ketika ia dijatuhkan pada Ogos tahun lalu.

Dia dibebaskan pada awal Mac dari penjara di Pokok Sena, Kedah kerana berkelakuan baik sebelum pulang ke UK.

Jurucakap pejabat luar negara UK berkata mereka telah membantu dalam urusan untuk memudahkan kepulangan Samantha ke UK sebaik kerajaan Malaysia meluluskan penghantaran pulang wanita itu. FMT



Wanita Britain terlepas hukuman mati bunuh suami di Langkawi, pulang ke UK


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker