WTC New York Yang Baharu Dirempuh [VIDEO] — MYKMU.NET

WTC New York Yang Baharu Dirempuh [VIDEO]

Sebaran :

WTC New York Yang Baharu Dirempuh [VIDEO]

NEW YORK: Ratusan burung yang terbang ke arah bandar raya New York mati apabila merempuh bangunan One World Trade Center (WTC) yang baharu beberapa hari lalu, lapor Daily Mail.

Seorang sukarelawan yang memantau kejadian burung itu, Melissa Breyer mendakwa terdapat kira-kira 291 ekor haiwan itu ditemui mati di sekitar bangunan tersebut pada Selasa lalu.

Breyer dilaporkan mengutip 225 bangkai burung kecil yang jatuh di sekitar kawasan pejalan kaki di bangunan WTC itu.

VIDEO DIBAWAH:-

Sebanyak 30 ekor lagi haiwan itu yang ditemui masih hidup tetapi memerlukan rawatan dan dihantar ke pusat pemuliharaan hidupan liar.

Antara jenis burung yang mati itu ialah burung siul.

Burung-burung yang mati itu dipercayai kerana tertarik kepada lampu-lampu dibiarkan terpasang di tingkat tinggi bangunan tersebut.

Lampu dan pantulan cahaya pada kaca di bangunan setinggi lebih 540 meter tersebut mengakibatkan burung-burung tersebut berasa keliru. – Agensi

WTC New York Yang Baharu Dirempuh [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: