Tak sempat lari, lelaki maut ditetak suspek alami masalah mental

Sebaran :

Tak sempat lari, lelaki maut ditetak suspek alami masalah mental

Seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental menetak seorang lelaki berusia 57 tahun sehingga maut, dalam kejadian di Rumah Panjang Ulu Layar, di Betong, Sarawak.

Suspek dikatakan mengamuk manakala mangsa ketika itu cuba melarikan diri, namun gagal berbuat demikian selepas kereta miliknya mengalami kerosakan.

Ketua Polis Daerah Betong Zamry Alli, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 7.44 malam, kelmarin, selepas aduan dibuat isteri mangsa yang mengatakan lelaki itu meninggal dunia di Hospital Betong selepas ditetak.

“Hasil siasatan yang dijalankan mangsa disyaki mati di tempat kejadian iaitu di atas jalan raya berhampiran dengan kereta Kancil miliknya.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dipercayai ditetak dengan menggunakan senjata tajam,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Beliau berkata, ketika kejadian terdapat beberapa orang saksi awam iaitu penghuni rumah panjang berada bersama mangsa di dalam kereta.

“Motif kejadian suspek disyaki mengalami masalah mental. Mangsa dalam usaha untuk keluar dari rumah panjang itu setelah mengetahui suspek mengamuk.

“Bagaimanapun, kereta yang dipandu mangsa mengalami kerosakan,” katanya.

Beliau berkata, suspek dengan berjalan kaki membawa parang menuju kepada mangsa dan terus menetaknya.

“Suspek diarah untuk menyerah diri kepada polis yang cuba membuat tangkapan, tetapi dia bertindak agresif serta menyerang menggunakan parang panjang dan kayu.

“Untuk mempertahankan diri, polis melepaskan tembakan ke arah suspek,” katanya.

Zamry berkata, suspek membuat pemeriksaan mental di Hospital Betong dan dinasihatkan supaya dirujuk ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih di teruskan, pihak polis menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini,” katanya. FMT

Tak sempat lari, lelaki maut ditetak suspek alami masalah mental


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Sebaran :

Leave a Reply