Pogba pun tonton animasi Omar dan Hana

Pogba pun tonton animasi Omar dan Hana

Hantaran Instagram dimuat naik pemain tengah Manchester United, Paul Pogba semalam berjaya mencuri perhatian rakyat apabila memaparkan bintang bola sepak itu menonton siri animasi popular Malaysia.

Menerusi hantaran tersebut, Pogba dilihat sedang memegang alat kawalan jauh televisyen miliknya di mana rancangan animasi Omar dan Hana sedang ditayangkan ketika itu.

Animasi Omar dan Hana merupakan kartun kanak-kanak Islam yang dihasilkan oleh Sixteen South Tvokids And Digital Durian mengandungi kandungan mengenai ciri-ciri Islam dan nilai-nilai moral kepada penonton.

Siri itu mengikuti perjalanan Omar, Hana dan keluarga mereka yang mempelajari tentang nilai Islam dan ciri-ciri menjadi Muslim yang baik.

Selain itu, animasi tempatan itu berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila saluran YouTube berbahasa Arab siri berkenaan berjaya mengumpul lebih 100,000 langganan (subscribers) selepas dilancarkan tahun lalu.

Sementara itu, laman Instagram Pogba turut dibanjiri dengan komen-komen daripada netizen Malaysia apabila rata-rata mereka tertarik dengan pilihan rancangan yang dipilih bintang bola sepak berkenaan.

“Omar dan Hana, terima kasih kerana menonton animasi Malaysia, moga tuhan merahmati kamu,” kata Fitrirashid.

“Ini ialah animasi dari Malaysia, Omar dan Hana,” jelas Ammar1rfan.

“Wau, animasi Omar dan Hana sudah sampai Perancis, hebatnya, tahniah,” ucap ZaidieAmin. K Online

Pogba pun tonton animasi Omar dan Hana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker