Mahu Isteri Tiru Pelacur Untuk Pikat Suami


Mahu Isteri Tiru Pelacur Untuk Pikat Suami

Mahu Isteri Tiru Cara Pelacur Untuk Pikat Suami, Kenyataan Lelaki Ini Mendapat Kecaman Netizen

Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi adalah sebuah medium yang memberikan penggunanya kebebasan untuk bersuara dan juga mendapatkan maklumat terkini dengan pantas.

Sudah sewajarnya para pengguna media sosial untuk menggunakan medium tersebut dengan berhemah. Terbaharu, tular komen seorang lelaki berkongsikan tips berhubung cara-cara untuk isteri memikat hati suami.



Menerusi komen tersebut, lelaki itu mengatakan bahawa isteri perlu meniru cara pelacur untuk menambat hati suami iaitu dengan berpakaian seksi dan memiliki ‘aset’ yang mantap. Malah, lelaki tersebut turut menyindir isteri yang tidak tahu menjaga penampilan.



Komen tersebut mendapat perhatian dan mencetuskan kemarahan netizen. Rata-rata netizen mengecam kenyataan yang diberikan lelaki itu dan menyifatkan pemikiran lelaki itu sangat menjijikkan.

https://twitter.com/farizzatii/status/1407303363323043846?s=19

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa kenyataan lelaki itu adalah satu penghinaan kepada wanita. Malah, seharusnya dalam perkahwinan saling menerima pasangan dan saling perbaiki bukannya mengkritik secara melampau seperti ini. Vc

Nota : Ikutlah cara agama mendidik kita dalam hal rumahtangga, bukan ikut cara pelacur. InsyaAllah bahagia hingga ke akhirat.

Mahu Isteri Tiru Pelacur Untuk Pikat Suami




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

 


Lelaki campak kucing ke sungai dicari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker