Pemandu lawan arus berdepan hukuman gantung

Sebaran :

Pemandu lawan arus berdepan hukuman gantung

Seorang eksekutif pemasaran yang memandu melawan arus sehingga mengakibatkan dua remaja terkorban di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan Ahad lalu bakal berdepan hukuman lebih berat.

Ini susulan polis telah mengklasifikasikan semula kes mengikut 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum ini, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahaya.

Mengikut seksyen itu hanya memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Terdahulu, suspek berusia 24 tahun itu hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam pukul 9.20 pagi untuk proses lanjutan reman selepas reman enam harinya berkaitan Seksyen 41 (1) APJ 1987 berakhir hari ini.

Timbalan Pendaftar Norliza Hussin membenarkan lanjutan reman tiga hari selepas membenarkan permohonan daripada Polis Diraja Malaysia.

Peguam Ravi Nekoo dan Peguam R. Thanuja mewakili suspek tersebut.

Difahamkan suspek mempunyai 20 rekod saman lampau sebelum ini termasuk memandu laju dan melanggar lampu isyarat.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua remaja iaitu, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19, maut selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.6 Lebuh Raya Persekutuan, Ahad lalu.

Hasil ujian air kencing mendapati pemandu Mitsubishi Triton itu positif ganja. K Online

Pemandu lawan arus berdepan hukuman gantung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Sebaran :

Leave a Reply