Peja buat lawak gimnasium

Oleh Nurul Aisyah

KETIKA Ahmad Faizal Azumu(Peja) dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Ogos yang lalu, beliau cuma dilihat sibuk dengan “review” mee kari sahaja. Kini Peja dilihat sibuk buat lawak lagi setelah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Beberapa hari yang lalu Peja berkata pusat gimnasium dan fasiliti sukan dan rekreasi komersial tertutup (indoor) akan kembali dibenarkan beroperasi tidak lama lagi. Semalam, Timbalan Faizal, Ti Lian Ker sebelum ini dipetik The Star mengenai pembukaan semula gimnasium di negeri-negeri di bawah Fasa 2 dan 3 mulai hari ini jumaat (17 September) dan seterusnya.

Peja meminta maaf kepada pemilik dan pengendali gimnasium atas kesilapan makluman yang mengatakan bahawa gimnasium di negeri-negeri di bawah Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk dibuka semula hari ini.

Persoalannya kenapa kementerian Peja membuat kenyataan berdasarkan maklumat yang tidak lengkap?

Kata Faizal, pihaknya akan menggesa pembukaan semula gimnasium secepat mungkin.

“‘Saya mohon maaf atas salah faham. Saya percaya timbalan saya tersalah sebut atau salah maklumat. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya seperti dipetik The Vibes.

Ti kemudian menjelaskan kenyataannya dan memberi jaminan bahawa pengendali gimnasium akan dibenarkan untuk beroperasi semula setelah prosedur operasi standard (SOP) baru diluluskan oleh MKN.

Dalam laporan awal, Ti mengatakan hanya pelanggan yang sudah diberi vaksin sepenuhnya dan kakitangan gimnasium dibenarkan masuk ke premis tersebut.

SOP semasa menyatakan bahawa di bawah Fasa 2 PPN, semua aktiviti sukan dan rekreasi di pusat kecergasan, termasuk studio kecergasan dilarang.

Individu bernama Faizal Azumu(Peja) sentiasa mencipta kontroversi secara sedar atau pun tidak. Tahun lalu beliau dikaitkan dengan skandal pemberian tanah yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa.

Tahun lalu juga Peja gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai menteri Besar Perak.

Kemudian beliau yang dilihat “hanya” membuat “review” mee kari telah dibayar gaji yang tinggi RM27,227.20 walaupun hanya berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Muhyiddin dalam masa yang sangat singkat. RM27,227.20 dibayar secara pro-rata dan juga gantian notis penamatan perkhidmatan sebanyak sebulan gaji.

Kini beliau dilihat membuat lawak gimnasium pula. layakkah Peja bergelar menteri? Semua rakyat Malaysia tahu jawapannya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker