Bantuan wang ihsan bencana naik kepada RM1,000 – Ismail

Bantuan wang ihsan bencana naik kepada RM1,000 – Ismail

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar bantuan wang ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau bencana lain yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif melibatkan peruntukan RM39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara itu dijangka meringankan beban lebih 39,100 ketua isi rumah.



“Pemberian bantuan ini bukanlah satu bentuk pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda yang dialami mangsa, tetapi untuk mengurangkan beban yang ditanggung.

“Ini antara pendekatan baharu yang diambil oleh kerajaan dalam usaha menambah baik pengurusan dan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku pada awal Nov sehingga penghujung Mac 2022, melibatkan negeri-negeri seperti Pantai Timur, Johor, Sabah, dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keputusan itu dimuktamadkan dalam mesyuarat JPBP yang dipengerusikannya pada 13 Sept. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL



Bantuan wang ihsan bencana naik kepada RM1,000 – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker