76,000 Kes Penceraian Sejak Pandemik COVID-19, Kerajaan Perlu Bertindak…– Ketua Wanita UMNO Kota Melaka

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah mencadangkan kepada Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ untuk mengadakan satu kajian menyeluruh mengenai punca terhadap masalah kes cerai yang tinggi direkodkan sejak pandemik Covid-19.

Ini kerana katanya, antara punca utama berlaku kadar penceraian yang tinggi ini adalah disebabkan faktor ekonomi ekoran pendemik COVID19 yang sedang melanda.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kesihatan Reproduktif Melaka berkata demikian ekoran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tampin berkata Lebih 76,000 kes cerai direkodkan sejak pandemik Covid-19 dan daripada angka tersebut sebanyak 66,440 kes penceraian membabitkan pasangan beragama Islam, manakala baki 10,346 adalah pasangan bukan Islam.

“Angka tersebut adalah sangat membimbangkan kerana masalah yang berlaku terhadap isu penceraian ini boleh memberi kesan negatif terhadap institusi kekeluargaan dan pembangunan negara. Paling penting ia bakal mempengaruhi perkembangan anak-anak pasangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.



Ujarnya, kajian menunjukkan kesan daripada penceraian anak-anak pasangan akan mengalami tekanan malah ada yang menghadapi menyesuaikan diri dan sebagainya.

“Natijahnya pelbagai kesan negatif bakal muncul hasil daripada penceraian tersebut.”

Oleh yang demikian, gesa Haryaty semua pihak yang berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat serta Jabatan Agama Islam Negeri seharusnya memainkan peranan yang lebih efektif bagi mengawal isu ini.

“Kerajaan juga disarankan untuk memperkenalkan kaedah Talian Bantuan Kaunseling/Sokongan Psikososial secara dalam talian bagi memudahkan setiap pasangan yang menghadapi masalah rumahtangga melakukan rujukan dan mendapatkan khidmat nasihat yang diperlukan.



“Selain itu masalah kesihatan berkaitan reproduktif/seksual juga di lihat antara masalah yang menyebabkan antara punca berlakunya penceraian. Atas yang demikian setiap pegawai yang bertugas hendaklah terdiri daripada mereka yang benar-benar berkelayakan dan pakar dalam mengendalikan emosi pasangan yang bermasalah.”

Katanya, satu kempen kesedaran juga wajar diwujudkan di kalangan masyarakat bagi menyemai budaya ‘ambil tahu dan peduli’ dengan amalan hidup berjiran bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat.

“Hubungan yang baik di kalangan jiran tetangga ini dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi sekaligus meringankan beban mereka yang di dalam kesusahan,” katanya lagi. – UMNO Online

 




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Let’s vote for parties in GE, not individuals, says Azalina



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker