Thailand tarik sejuta hartawan warga asing

Thailand tarik sejuta hartawan warga asing

BANGKOK: Thailand hari ini meluluskan beberapa langkah termasuk melonggarkan dasar imigresen dan menawarkan faedah cukai bertujuan menarik satu juta rakyat asing yang ‘high potential’ dalam tempoh lima tahun.

Jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana, berkata Kabinet hari ini secara dasarnya meluluskan langkah untuk menarik warga asing termasuk mereka yang kaya-raya, pesara, pekerja jarak jauh dan profesional berkemahiran tinggi untuk tinggal lebih lama di Thailand.



“Kerajaan menjangkakan kumpulan ini menghasilkan 1 trilion baht dari 2022 hingga 2026. Ia juga menyediakan pelaburan 800 bilion baht dan 270 bilion baht dalam pungutan cukai,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Thanakorn berkata visa jangka panjang akan ditawarkan kepada rakyat asing ‘high potential’ dan dikecualikan daripada perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa imigresen setiap 90 hari.

Langkah-langkah lain termasuk semakan peruntukan yang membolehkan orang asing memiliki hartanah, dibenarkan bekerja untuk majikan dari dalam dan luar negara serta menikmati pengecualian cukai dan kastam, katanya.

“Kabinet juga meluluskan cadangan Pejabat Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara (NESDC) untuk menilai pelan itu setiap lima tahun. Manfaat cukai dan hak milik tanah akan berakhir selepas lima tahun,” katanya.



Sementara itu, Kabinet juga meluluskan 946 juta baht untuk Persatuan Palang Merah Thailand membeli satu juta dos vaksin Covid-19 Moderna.

Timbalan jurucakap kerajaan, Traisulee Traisaranakul berkata, vaksin itu akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi dan golongan rentan secara percuma.

Bangkok Post melaporkan bahawa Zuellig Pharma, pengedar sah Moderna di Thailand, mengenakan bayaran 940 baht (RM127) bagi setiap dos vaksin berkenaan. Dengan kos pengangkutan 26.75 baht (RM3.60) bagi setiap dos, harga setiap dos vaksin adalah 966.75 baht (RM130.60). FMT

Thailand tarik sejuta hartawan warga asing




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker