MoU Transformasi dan Kestabilan Politik: Apa anda perlu tahu?

MoU Transformasi dan Kestabilan Politik: Apa anda perlu tahu?

PADA jam 5 petang Isnin, kerajaan baharu dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mencatat sejarah dalam lembaran politik tanah air apabila memeterai perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan blok pembangkang bagi meredakan suhu politik negara.

Secara asasnya, MoU ini lebih bersifat perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) di antara blok kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) mewakili pembangkang dengan koalisi itu dijangka tidak memberi mudarat kepada kerajaan dalam sebarang undi usul kritikal di Parlimen seperti Belanjawan 2022.



Daripada pihak kerajaan juga, sebagaimana dijangka, tujuh tawaran pembaharuan pentadbiran kerajaan dan reformasi Parlimen yang dikemukakan Ismail Sabri pada 10 September lalu sememangnya disertakan dalam perjanjian MoU berkenaan.

Berdasarkan kandungan MoU yang dilihat, kedua-dua blok bersetuju untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa kerja dipanggil Pemandu dengan sepuluh anggota merangkumi lima wakil kerajaan dan lima wakil pembangkang bakal dilantik.

Perjanjian MoU antara blok kerajaan dan PH pada Isnin memerlukan kerajaan memenuhi terma perjanjian berdasarkan tiga tempoh garis masa ditetapkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perjanjian MoU antara blok kerajaan dan PH pada Isnin memerlukan kerajaan memenuhi terma perjanjian berdasarkan tiga tempoh garis masa ditetapkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

 

Jawatankuasa Pemandu ini akan mengadakan pertemuan setiap dua minggu atau pada waktu dipersetujui bersama bagi berunding dan memantau pelaksanaan perjanjian berkenaan.



PARLIMEN TIDAK DIBUBAR SEBELUM 31 JULAI 2022

Antara syarat-syarat menarik untuk diperhatikan adalah perjanjian ini bukan satu perkara rahsia di antara dua pihak selain terma persetujuan MoU adalah berasaskan apa terkandung dalam isi perjanjian semata-mata.

Paling penting, perjanjian MoU ini memastikan tiada sebarang usaha pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022 daripada pihak kerajaan, selagi mana MoU ini dipertahankan oleh blok kerajaan dan pembangkang.

Hal ini kerana sebarang tindakan pelanggaran terma perjanjian MoU akan menyebabkan ia tidak lagi sah.



Dari sudut memenuhi terma perjanjian MoU, kerajaan sememangnya berdepan cabaran untuk melaksanakan semua cadangan transformasi dikemukakan mengikut garis masa ditetapkan.

Sinar Premium mengenal pasti terdapat tiga bentuk garis masa yang perlu dipenuhi kerajaan bagi memastikan perjanjian MoU dipenuhi mereka iaitu perkara yang perlu dilaksanakan segera, perkara dilaksanakan tahun ini dan perkara dilaksanakan pada separuh tahun pertama 2022.

GUBAL BELANJAWAN, RUU PERLU DIRUNDING BERSAMA PH

Daripada pihak PH, koalisi pembangkang masih mempunyai opsyen untuk menyokong atau berkecuali dalam usul pengundian Belanjawan 2022 atau sebarang usul Rang Undang-Undang (RUU) kritikal lain, sekalipun sudah memeterai perjanjian MoU.



Bagaimanapun, terma menarik dikemukakan PH dalam perkara ini apabila koalisi pembangkang itu meletakkan syarat penggubalan belanjawan dan RUU perlu dirunding dan dipersetujui secara bersama antara kerajaan dan PH.

Selain itu, PH juga mempunyai opsyen menyokong atau berkecuali dalam sebarang RUU yang boleh ditafsir sebagai undi percaya, dengan syarat perkara itu turut dirunding dan dipersetujui secara bersama.

Antara syarat menarik dikemukakan dalam perjanjian MoU antara blok pembangkang dan PH adalah kerajaan tidak boleh mengadakan pilihan raya mengejut sebelum 31 Julai 2022.
Antara syarat menarik dikemukakan dalam perjanjian MoU antara blok pembangkang dan PH adalah kerajaan tidak boleh mengadakan pilihan raya mengejut sebelum 31 Julai 2022.

Paling penting, MoU berkenaan tidak akan menjejaskan peranan PH sebagai semak dan imbang kepada sebarang polisi atau pelaksanaan dasar kerajaan kelak.

TRANSFORMASI PARLIMEN



Antara perkara-perkara segera yang perlu dilaksanakan berkaitan transformasi Parlimen adalah:

1) Mewujudkan lebih banyak jawatankuasa pilihan khas Parlimen dan menstruktur semula jawatankuasa sedia ada.

2) Memastikan komposisinya mencerminkan perwakilan parti di Dewan Rakyat.

3) Memastikan jawatankuasa dipengerusikan secara sama rata oleh ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.



4) Kerajaan menyediakan pegawai sokongan dan dana yang wajar untuk menyokong perjalanan jawatankuasa.

5) Meminda Peraturan Mesyuarat bagi memastikan prosiding Dewan Rakyat dan Dewan Negara teratur.

6) Peruntukan sama rata untuk ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

7) Memastikan ketua pembangkang diberikan hak dan kemudahan yang sewajarnya.

KAVEAT SOAL PERUNTUKAN AHLI PARLIMEN

Dalam soal pemberian peruntukan sama rata kepada ahli Parlimen pembangkang, isu kaveat yang timbul melalui perjanjian MoU ini adalah hanya ahli Parlimen pembangkang yang terlibat dalam MoU dipertimbangkan kerajaan untuk diberikan peruntukan sama rata.

Timbul tanda tanya sama ada kerajaan akan menafikan peruntukan sama rata terhadap parti pembangkang lain yang tidak terlibat dalam MoU seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Terdapat satu lagi perkara menarik dibangkitkan dalam aspek transformasi Parlimen iaitu pengenalan sebuah Akta Perkhidmatan Parlimen yang akan membolehkan Parlimen menguruskan sendiri kewangannya.

Akta berkenaan perlu diluluskan paling lewat pada sidang mesyuarat kedua Penggal Ke-5 Parlimen yang dijangka berlangsung pada separuh pertama tahun 2022.

Ismail Sabri Ulangi Keajaiban Tun Abdul Razak

KOMPONEN TRANSFORMASI PENTADBIRAN

Selain Akta Perkhidmatan Parlimen yang perlu diluluskan dalam garis masa sebelum separuh pertama tahun 2022, terdapat tiga komponen transformasi pentadbiran kerajaan yang perlu diselesaikan pada garis masa sama adalah:

1) Membentangkan dan meluluskan RUU Anti Lompat Parti.

2) Mempercepat pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik.

3) Membentangkan dan meluluskan pindaan Perlembagaan untuk mengehadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

PEMERKASAAN PELAN COVID-19

Kerajaan bersetuju Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang kini diketuai bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusinya, hendaklah terdiri daripada 50 peratus pakar-pakar daripada sektor awam dan swasta yang dilantik kerajaan sebagai penasihat.

Perjanjian MoU itu turut membolehkan PH mengemukakan nama separuh daripada pakar itu manakala separuh lagi dilantik oleh blok kerajaan.

Kerajaan juga akan membentangkan penambahan had Dana Covid-19 sebanyak RM45 bilion daripada RM65 bilion seperti diluluskan Parlimen tahun lalu kepada RM110 bilion.

Dana ini akan dibentang untuk diluluskan serta turut merangkumi dana tambahan kepada sistem kesihatan, bantuan golongan rentan dan perniagaan.

Dana tambahan juga akan disediakan untuk meningkatkan usaha ‘find, test, trace, isolate, support and vaccinate (FTTIS v+)’.

Kerajaan juga akan mempercepatkan pemerolehan enam juta dos vaksin selewat-lewatnya bulan ini.

Bantuan tunai RM10 bilion kepada 11 juta penerima yang disalurkan pada separuh kedua tahun ini akan diteruskan pada tahun depan dengan menyasarkan golongan B40 dan M40 yang kehilangan kerja.

Dana Kumpulan Wang Covid-19 juga akan digunakan untuk insentif pengambilan pekerja dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana, termasuk sektor tak formal dan mikro.

Kerajaan juga akan mengusahakan pengecualian faedah untuk kumpulan 50 peratus terbawah yang telah menerima moratorium pinjaman bagi Oktober, November dan Disember.

Terdahulu, pada sidang Parlimen pagi Selasa, Ismail Sabri menegaskan kerajaan bersedia mempertimbangkan pemberian moratorium pinjaman bank akan diteruskan tanpa dikenakan caj faedah terakru oleh pihak bank.

Kesemua perkara dalam bahagian ini perlu dilaksanakan dalam tempoh penggal keempat Parlimen, iaitu tahun ini.

Sidang pertama penggal keempat akan berlangsung hari ini sehingga 12 Oktober, disusuli sidang kedua (25 Oktober-16 Disember).

Hakikatnya kerajaan berdepan cabaran besar untuk memenuhi terma perjanjian dalam bahagian ini memandangkan tempoh masa persidangan Parlimen kian singkat.

PERJANJIAN MALAYSIA 1963 TIDAK JELAS?

Satu lagi aspek menarik dibangkitkan dalam terma perjanjian MoU antara kerajaan dan PH adalah komitmen kerajaan bagi memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dipenuhi bakal diperkukuhkan.

Bagaimanapun, tiada penjelasan terperinci dinyatakan dalam MoU berkenaan bagi mengenal pasti sejauh mana perkara-perkara termaktub dalam MA63 akan direalisasikan kerajaan sebelum pembubaran Parlimen.

Perjanjian MoU Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan antara blok kerajaan dan pembangkang membuka satu lembaran baharu dalam sejarah politik negara.
Perjanjian MoU Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan antara blok kerajaan dan pembangkang membuka satu lembaran baharu dalam sejarah politik negara.

 

Selain itu, perkara sama juga dipersoalkan dalam aspek tuntutan kebebasan institusi kehakiman.

Hal ini kerana terma perjanjian hanya dinyatakan secara umum tanpa sebarang perincian, sekali gus mengundang kebimbangan perkara itu menjadi ‘syarat asal ada’ kerajaan bagi membendung kebimbangan pemimpin blok kerajaan terpalit kes mahkamah berkemungkinan bebas daripada pertuduhan kes dihadapi.

Bagaimanapun, terma perjanjian berdasarkan aspek tuntutan kebebasan institusi kehakiman berkenaan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa berdasarkan rundingan Jawatankuasa Pemandu di antara dua pihak kelak.

Terakhir, meskipun UPKO dari Sabah turut menandatangani perjanjian MoU ini, parti itu hanya akan disertakan ketika peringkat akhir rundingan memandangkan permohonan UPKO untuk menyertai PH belum dimuktamadkan.

MoU Transformasi dan Kestabilan Politik: Apa anda perlu tahu?


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ismail berjaya buka jalan untuk persefahaman Umno-PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker