Ismail berjaya buka jalan untuk persefahaman Umno-PH

Sebaran :

Ismail berjaya buka jalan untuk persefahaman Umno-PH. Pemimpin Umno menyifatkan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) semalam, menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Menulis di Facebook, dia bagaimanapun berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob lebih berjaya berbanding pendahulunya Muhyiddin Yassin.

“Persafahaman rentas parti oleh Muhyiddin pada 13 Ogos gagal kerana PH tolak.

“Tetapi Ismail Sabri buka jalan persafahaman kerajaan-PH kepada parti-PH selepas ini. Alang-alang menyeluk pekasam,” katanya.

Semalam, kerajaan dan PH menandatangani MoU di parlimen bagi mengukuhkan kerjasama rentas parti serta mengembalikan kestabilan politik.

‘Pembangkang tetap kekal sebagai pembangkang’

Sementara itu Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan, berkata pembangkang tetap kekal sebagai pembangkang meskipun MOU itu ditandatangani.

Keputusan itu juga tidak membawa makna bahawa Umno kini bersama pembangkang.

“Sepertimana disebut oleh Anthony Loke sendiri, ini tidak bermaksud pembangkang akan berhenti menjadi pembangkang, jauh sekali menjadi sebahagian kerajaan.

“Saya yakin pembangkang masih akan menjalankan peranan mereka mengkritik dan memberi semak imbang kepada Kerajaan. Mereka tidak akan lepaskan lesen tersebut.

“Sama juga bagi pihak kerajaan, persefahaman ini tidak bermaksud kita terus memadam sebarang perbezaan antara parti, ataupun berkongsi kuasa memutuskan sesuatu,” katanya.

Tambah Shahril Umno kekal dengan pendirianya untuk tidak bersama Anwar, DAP dan juga Bersatu.

Ismail berjaya buka jalan untuk persefahaman Umno-PH


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



Sebaran :

Leave a Reply