Guna ‘mangkuk’ dan kata kesat lain di Parlimen bukti PH masih sama, ‘belum matang,’ – Ka Siong

Sebaran :

Guna ‘mangkuk’ dan kata kesat lain di Parlimen bukti PH masih sama, ‘belum matang,’ – Ka Siong

Penggunaan kata-kata kesat oleh Mahfuz Omar di Dewan Rakyat hari ini menunjukkan Pakatan Harapan (PH) “belum matang” walaupun baru semalam memeterai perjanjian dengan kerajaan untuk melakukan pelbagai transformasi sistem demokrasi, kata presiden MCA.

Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata penggunaan ungkapan “mangkuk” oleh Mahfuz dalam menolak penjelasan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin adalah tidak wajar sama sekali.

“Walaupun memorandum persefahaman (MoU) baru saja dimeterai antara Kerajaan dan Pakatan Harapan semalam, Dewan Rakyat yang bersidang hari ini tetap kecoh ketika waktu pertanyaan Menteri.

“Penggunaan ayat seperti ini tidak patut diungkapkan oleh Ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia. Baik ada MoU atau tidak, perangai tetap sama, masih belum berubah, masih belum matang,” kata Ka Siong dalam kenyataan di Facebook.

Wee merujuk kepada kepada MoU yang dimeterai antara kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dan PH semalam yang antara lain menggariskan komitmen bersama untuk mengukuhkan kerjasama rentas parti serta mengembalikan semula kestabilan politik.

MoU itu merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen dan memastikan kebebasan Institusi Kehakiman.

Mahfuz selaku Ahli Parlimen Pokok Sena, pagi tadi menegur Hamzah menggunakan perkataan “mangkuk” atas penjelasan beliau mengenai tindakan polis menghalang Ahli Parlimen pembangkang berarak ke bangunan Parlimen 2 Ogos lalu.

Wee berkata, sikap sesetengah ahli Parlimen yang masih belum berubah menjadi cabaran untuk menjayakan transformasi Parlimen dan mengembalikan kestabilan politik negara.

Wee berkata, semua pihak perlu ikhlas dalam menjayakan transformasi yang diharapkan melalui MoU yang telah dimeterai petang semalam.

“Maka, inilah cabaran terbesar untuk menjayakan transformasi Parlimen dan mengekalkan kestabilan politik. Keikhlasan perlu ada pada semua pihak dan perlu ada anjakan paradigma.

“Doakan yang terbaik buat Keluarga Malaysia,” ujarnya.

Mahfuz Omar melontar ungkapan “mangkuk” (membawa erti tidak masuk akal) apabila membantah penjelasan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dalam mempertahankan tindakan polis mengenakan sekatan itu.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menegur Mahfuz kerana menggunakan perkataan “tidak elok” itu.

“Pokok Sena (Mahfuz) kata ‘mangkuk’ ke? Janganlah kata ‘mangkuk’, tidak elok,” tegur Azhar. FMT

Guna ‘mangkuk’ dan kata kesat lain di Parlimen bukti PH masih sama, ‘belum matang,’ – Ka Siong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi


Sebaran :

Leave a Reply