Jawatankuasa Pemandu babit 10 wakil kerajaan, pembangkang

Jawatankuasa Pemandu babit 10 wakil kerajaan, pembangkang

Penubuhan Jawatankuasa Pemandu akan membabitkan 10 wakil daripada kerajaan serta pembangkang, berkuat kuasa sepanjang tempoh Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kedua-dua pihak.

Berdasarkan perincian MoU itu yang didedahkan, hari ini, 10 wakil itu meliputi lima daripada kerajaan yang dinamakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan lima lagi pembangkang, yang bertindak sebagai perunding, pemudah cara serta perwakilan sah bagi kedua-dua pihak.

“Status Jawatankuasa Pemandu ini akan berkuat kuasa sepanjang tempoh MoU ini berkuat kuasa, dengan terma rujukan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Jawatankuasa Pemandu ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang sekali setiap dua minggu, atau mengikut jadual dipersetujui kedua-dua pihak,” menurut MoU itu yang boleh diakses melalui laman web Parlimen.

MoU berkenaan turut merangkumi perincian transformasi kebebasan institusi kehakiman dengan memastikan fokus itu terlaksana sepanjang masa, serta transformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat serta negara.

Seterusnya, transformasi mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pula memperkukuh usaha ke arah pelaksanaan perkara termaktub dalam perjanjian itu dengan dokumen yang berkaitan dengannya. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Jawatankuasa Pemandu babit 10 wakil kerajaan, pembangkang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker