Resepi Kerang Pedas Sos Tiram Berempah
Resepi Kerang Pedas Sos Tiram Berempah
Kerang merupakan sumber laut yang kaya dengan zat besi. Kerang ini memang enak jika diratah atau dibuat lauk dan dimakan bersama nasi. Kebiasaannya kita selalu jumpa dan tengok kerang bakar atau rebus yang mana akan dicicah dengan sos. Tapi ianya perkara biasa, jadi apa kata kita buat perkara yang luar biasa pula.
Mungkin kita boleh masak menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman facebook ini. Resepi atau masakan tersebut memang tampak menggiurkan.
Cara Penyediaan Kerang Pedas Sos Tiram Berempah
Bahan-bahan:
Kerang 1 kilo fresh(direbus dahulu)
Tumis bawang putih 3 ulas
Bawang merah 2 biji dihiris,,
Cili merah 1 biji( dihiris)
Cili hijau 1 biji( dihiris)
Cili padi 2@ 3 biji(katok)
Daun kari 2 batang,
Serbuk Kari ikan 1@2sudu besar
cili kisar 5@6 sudu besar
SOS tiram 3-4 sudu besar
air masak(agak2 kuah dah pekat)
Serbuk belacan sedikit(jika suka)
Serbuk perasa
Garam
Minyak masak
Cara Memasak:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan daun kari sehingga kekuningan.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak atau sehingga cilinya masak.
Apabila cili sudah masak masukkan serbuk kari dan biarkan rempahnya masak.
Kemudian masukkan sos tiram, serbuk belacan, serbuk perasa, cili padi, cili merah, cili hijau dan gaul sebati.
Akhir sekali masukkan kerang yang telah direbus tadi dan gaul sebati. Jika terlalu kering masukkan sedikit air.
Tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Cara Merebus Kerang:
Didihkan air terlebih dahulu
Masukkan kerang dan masak lebih kurang 5-10 minit.
Angkat kerang dan rendamkan kerang bersama air sejuk atau air yang ada ais.
Kemudian baru kopek kulitnya. Nanti cantik hasilnya.
SELAMAT MENCUBA!
Resepi Nurul Ateekah
Resepi Kerang Pedas Sos Tiram Berempah
Baca Artikel Menarik :
- “Apa punya mangkuk”, kata Mahfuz kepada Hamzah
- Kementerian Kewangan arahkan bank usahakan pengecualian faedah moratorium
- Timbalan speaker gantung Rayer dua hari dari sidang parlimen
- Tak puas hati caj mahal, lelaki tetak peniaga
- Kempen harga ayam dituduh ‘berat sebelah’, KPDNHEP padam catatan di Facebook
- Bila VIP pergi masjid
- Kuasa ketiga muncul lawan kerajaan dan pembangkang
- Ismail Sabri Ulangi Keajaiban Tun Abdul Razak
- Ibu bapa fail saman, hentikan vaksinasi budak bawah 18 tahun
- Ada dua isteri, umur baru 17 tahun
- Baru sejam berkahwin, suami mahu bercerai
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.