Kegagalan tunai klausa boleh akibatkan penamatan MoU

Kegagalan tunai klausa boleh akibatkan penamatan MoU

Kegagalan menunaikan klausa ditetapkan dalam mana-mana transformasi, akan diklasifikasikan sebagai suatu pelanggaran memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, sekali gus boleh mengakibatkan penamatan perjanjian itu.

Berdasarkan perincian MoU itu, semua pihak terbabit meliputi kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), bersetuju untuk bekerjasama dan berkomunikasi bagi terus menunai serta melaksanakan setiap transformasi dinyatakan dalam MoU berkenaan.

MoU itu memperincikan enam transformasi utama merangkumi Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Pemerkasaan Pelan COVID-19 dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersetuju bahawa Majlis Pemulihan Negara (MPN) hendaklah terdiri daripada 50 peratus pakar dari sektor awam dan swasta yang dilantik kerajaan sebagai penasihat dengan pihak pembangkang boleh mengemukakan nama wakil.

Ia membabitkan 25 peratus masing-masing Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Kerajaan juga akan membentangkan untuk kelulusan Parlimen penambahan had Dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion daripada RM65 bilion seperti diluluskan tahun lalu kepada RM110 bilion.

Peningkatan itu akan membantu memenuhi keperluan tambahan dalam mengatasi krisis COVID-19 berkaitan mengukuhkan sistem kesihatan, menambahbaik bantuan kepada rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

“Dalam menangani pandemik COVID-19, peruntukan tambahan akan disediakan untuk meningkatkan dan menyegerakan usaha menyaring kes, pengesanan kontak rapat dan pengasingan mereka yang positif atau ‘find, trace, isolate, support and vaccinate (FTTIS +V).

“Kerajaan juga akan mengukuhkan sistem kesihatan terutama dalam menambah petugas kesihatan serta meningkatkan kapasiti wad Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk penyelarasan penempatan pesakit dari hospital awam ke swasta, selaras dengan pendekatan nasional ‘Whole of Nation’.

“Bagi bantuan rakyat pula, bantuan tunai sebanyak RM10 bilion akan disalurkan kepada 11 juta penerima dalam separuh kedua tahun ini dan diteruskan pada 2022 untuk B40 meliputi bantuan bersasar kepada miskin tegar, miskin bandar dan M40 yang kehilangan pendapatan.

“Selain itu, meningkatkan Program Imuninasi COVID-19 (PICK) yang dilaksanakan dengan mempercepatkan pembelian tambahan sejumlah enam juta dos vaksin diterima bulan ini,” menurut MoU itu.

Melalui MoU itu juga, usaha akan dilakukan bagi pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank kepada kumpulan 50 peratus terbawah daripada seluruh rakyat Malaysia untuk tempoh tiga bulan pada suku keempat tahun ini. BH

Kegagalan tunai klausa boleh akibatkan penamatan MoU


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker