Resepi daging tumis goreng ala Mongolian

Sebaran :

Resepi daging tumis goreng ala Mongolian

Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resepi daging tumis goreng ala Mongolian yang menyelerakan ini. Resepinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom cuba!

BAHAN

1 kg daging – hiris nipis
6 cm halia muda – hiris nipis memanjang
5 ulas bawang putih – hiris
3 ulas bawang merah – hiris
1 biji lada benggala merah – hiris nipis memanjang
1 biji lada benggala hijau – hiris nipis memanjang
1 biji lada benggala kuning – hiris nipis memanjang
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk stok ayam
Sedikit tepung jagung – campur sedikit air
Sedikit garam
Minyak masak

BAHAN SALUTAN

1 sudu besar cuka hitam
2 sudu besar kicap soya cair
200 ml air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar sos hoisin
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit gula perang

CARA

1.Daging yang telah dibersihkan diperap dengan sedikit kicap soya cair, minyak bijan, sos tiram dan tepung jagung. Goreng daging yang telah diperap di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.Campurkan cuka hitam, kicap soya cair, air, sos tiram, kicap pekat, gula perang, sos cili thai dan sos hoisin, kacau hingga sebati menjadikan satu bancuhan sos. Ketepikan.
3.Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia muda, bawang putih dan tiga jenis lada benggala hingga naik bau.
4.Kacau hingga sebati dan masukkan campuran sos yang telah dibancuh ke dalam kuali.
5.Masukkan daging, bancuhan tepung jagung dengan air, garam, serbuk lada hitam dan serbuk stok ayam. Kacau sehingga sebati.
Resepi oleh Ezani

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Selain resepi roti jejari cheese, kami menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Resepi daging tumis goreng ala Mongolian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



Sebaran :

Leave a Reply