MOU Kerajaan dan PH bukan kerjasama kepartian

Apa yang harus kita faham dalam persefahaman yang telah diterjemahkan oleh MoU antara Kerajaan dan PH(Pembangkang) ialah bukan kerjasama atau persefahaman kepartian. Ia merupakan satu persefahaman untuk tujuan tertentu khususnya berkaitan usaha bersama menangani Covid19 dan membina semula ekonomi rakyat dan negara secara kerjasama “dwipartisan”

Secara mudah untuk kita faham ialah MoU ini bukan kerjasama yang pernah diusahakan sebelum ini oleh pihak-pihak tertentu dalam memberikan sokongan kepada Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

MoU yang akan ditandatangani oleh Wakil Kerajaan dan Wakil Pakatan Harapan (PH) boleh diterjemahkan dengan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dimana CSA ini tidak akan sesekali melantik YB-YB dari PH sebagai Menteri atau lantikan-lantikan GLC. CSA ini juga bukan bertujuan untuk menjadikan PH sebahagian kerajaan.

Ada sesetengah mereka yang memperjuangkan “Jajaran Baru” sebelum ini sedang cuma menyongsongkan pemahaman CSA ini dengan mengaitkan dengan konsensus UMNO iaitu “No DAP dan “No Anwar”.

Cubaan “Jajaran Baru” sebelum ini jelas berbentuk usaha menubuhkan kerajaan bersama dengan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan ianya jelas berbeza dengan MoU yang berlaku hari ini.

Anwar bukan Perdana Menteri dan PH bukan sebahagian dari kerajaan yang ada. Itu asas kepada apa yang harus kita faham dalam MoU yang dipersetujui. Kandungan MoU atau CSA ini juga akan didedahkan secara terbuka dan bertanggungjawab untuk mencari kebersamaan dan tumpuan kerajaan dalam menangani pandemik kesihatan dan krisis ekonomi rakyat.

Soal Konsensus UMNO, ianya masih kekal dan tidak berubah dan tidak menjadikan MoU ini sebagai permulaan kepada apa jua kerjasama kepartian antara PH dan UMNO. Jangan cuba pesongkan matlamat asal CSA ini dan jangan kaitkan UMNO dengan MoU ini.

Ia merupakan perlaksanaan kerajaan kepada Titah YDPA untuk mencari kaedah dan solusi kepada kestabilan politik negara demi memastikan kejayaan kerajaan dalam membawa negara keluar dari semua permasalahan yang merencatkan pelan pemulihan negara.

Pesan saya kepada mereka yang terus mahu berpolitik dan berpolimek songsang agar menghentikan segera niat dan gerakan mereka kerana rakyat tidak lagi mahu melihat atau melayan kedangkalan manusia-manusia ini dan rakyat mahu melihat ekonomi meraka segera dipulihkan dan pandemik segera ditangani.

#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#PolitikBaruNegara

WKI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker